WORLDVIEW



Di Malaysia sekarang, jadi pemimpin tu seperti sudah senang. Tak perlu kelayakan tinggi. Sijil tipu pun boleh jadi Menteri. Tak habis mengaji pun orang tak kisah. 


Kalau di luar negara, tapisan jadi Menteri punya ketat. Perlu ada minima kelayakan. Ada yang diminta ambil psychometric test. Perlu ada due diligence kewangan. 


Selain itu, rakyat akan perhalusi Worldview mereka. Dari situ mereka akan tahu seorang tu pemimpin jenis apa? 


Worldview ni apa ke benda? 


Worldview ni kalau bahasa simple, maksudnya pandangan seorang mengenai dunia. Apa falsafah hidup dia dan bagaimana beliau menilai sesuatu perkara? 


Pemimpin yang baik punya worldview yang hebat. Dia boleh bercampur dengan siapa saja dan punyai pemikiran yang tidak jumud, perlu terbuka. Boleh berpikir luar kotak untuk beri solusi kepada masalah negara. Ini kerana pendedahan atau exposure yang dia ada. 


Lagi terhad pendedahan nya kepada dunia luar, makanya lagi terhad la worldview yang dia ada. 


Contoh: Ada pemimpin yang jadi pelaq di tempat orang. Masuk negeri orang, dia dok bangga dengan negeri dia. Semua dia best belaka. Buat perbandingan Sultan dan pembesar yang ada. Walhal waktu pilihanraya. Yang perangai asabiyah ni buat apa? 


Kita pun jem, tapi kalau kita nilai semula. Itu la worldview yang dia ada. Terhad takat itu sahaja. EQ dan SQ ke laut jua. 


Kenapa worldview dia begitu? Saya pun check la. Dia membesar dalam negeri yang sama. Sekolah semua di satu tempat saja. Masuk Universiti pun di negeri sebelah. Pastu terus bekerja kembali dalam negeri sendiri. Patutlah worldview dia terhad sekali. Punya bongkak dan meninggi diri. 


***********************************


Dalam Islam pun diajar, mencari ilmu dengan mengembara. Ia dipanggil Rislah. Ia tuntutan agama juga. Dalam budaya Melayu pun ada, kita dituntut mengaji hingga ke negeri China. 


Ada hikmahnya di situ, agar worldview kita expand selalu. Sesungguhnya, orang yang jauh perjalanan akan bertambah pengalaman. Mereka lihat dunia dari mata burung, bukan mata lalat. 


Mereka akan jumpa ramai orang. Ada yang lagi miskin dan lagi kaya. Ada yang baik atau jahat belaka. Belajar seni jalanan pula, lain negeri lain budaya. 


Bila dah jumpa ramai orang, ada yang lebih baik dari kita, kita akan rasa humble/ atau merendah diri. Takde la kita ni elok belaka. Ada yang lebih bagus sebenarnya. 


Masa kita mengembara pun kita jumpa yang kurang nasib baik dari kita. Buat kita syukur selalu, apa yang ada.


Itulah yang membentuk Worldview. Buat kita jadi orang yang lebih baik. Boleh pikir luar kotak untuk bagi solusi. Takde la kerja asyik up diri sendiri atau membuli. 


***********************


Worldview ini takde kena mengena dengan nikmat dunia. Perkara keduniaan yang pak lebai dok hentam. Depa dok suruh kita ingat akhirat saja. Katanya, dunia ini hanya sementara. 


Tapi bila tang depa, harta dunia la yang mereka cari. Raptor dan Mercedes. Walaupun negeri depa la Melayu termiskin. Sorry side track sikit 😅


Nak cari pemimpin hebat, kita nilaikan bagaimana dia melihat dunia. Kalau jumud pemikirannya. Susah la nak mentadbir negara yang berbilang bangsa. Melayu Islam di Malaysia peratus nya hanya 53. 


Saya bagi tuan puan buat experiment. 


Bandingkan MB Terengganu dan Kedah bagaimana mereka mentadbir negeri. Dan prestasi negeri masing2. Bandingkan kelayakan dan latar belakang kedua2nya. Pendedahan yang ada dan worldview mereka. 


Dan anda akan faham apa maksud saya. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: