PERTEMUAN DENGAN MASYARAKAT INDIA






Anwar Ibrahim



 Dalam pertemuan bersama masyarakat India, saya tekankan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja sebaliknya meliputi semua yang ada di negara ini. 


Saya singgung, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan. 


Sementelahan, kelompok perkauman sempit sesetengah pihak perlu dilawan dan dielakkan, sebaliknya perlu fokus dalam isu lebih mustahak seperti keluar daripada kepompong kemiskinan. 


Sokongan yang diberikan oleh masyarakat India kepada Kerajaan Perpaduan selama ini sangat dihargai dan perlu diteruskan bagi memastikan segala pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan.


#MalaysiaMADANI



No comments: