LAWATAN PMX KE PGA KULIM

 














Sebelum mengakhiri lawatan ke Kedah, saya sempat menyantuni warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam PDRM di PGA Kulim sambil diapit Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.


Dalam ucapan, saya singgung keperluan menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan yang terbiar selama puluhan tahun, yang tidak sepatutnya berlaku kerana anggota keselamatan berjuang mempertahankan negara.


Hatta, saya mengumumkan peruntukan berjumlah RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur PDRM serta Jabatan Penjara di seluruh negara.


Ini adalah tambahan kepada peruntukan pembangunan berjumlah RM200 juta yang disalurkan melalui Belanjawan 2023 untuk penyelenggaraan fasiliti kuarters beberapa agensi di bawah KDN.


Moga pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang serta dihargai buat selamanya.


#MalaysiaMADANI



No comments: