Selepas terima laporan tadi tentang adik Rayyan yang sedang sakit kritikal, saya curi sedikit masa antara beberapa acara penting bersama PMX Anwar Ibrahim untuk ziarah ke rumah keluarganya di Bukit Teh.
Ayah Rayyan seorang pekerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Hidup mereka serba sederhana. Keluarga B40 tapi bahagia tak pernah meminta-minta. Cuma kali ini, ujian terlalu berat buat mereka๐.
Masa saya masuk, mereka tergamam melihat Timbalan Menteri Kewangan datang ke rumah ๐ฑ.
Apabila ibu Rayyan menceritakan kisah anaknya itu, hati saya terasa amat sayu sekali. Rayyan berumur 8 tahun, hampir sebaya anak saya. Bulan Januari tahun ni, dia dah menjalani pembedahan otak yang pertama. Selepas ini dia perlu buat lagi satu pembedahan. Doktor bagitau kena sediakan kos lebih kurang RM20,000. Kalau tak buat segera, mungkin salur darah di otak akan pecah ๐.
Walaupun dia terlantar atas tilam, Rayyan tetap bermanja-manja dengan saya. Siap mencium tangan bagi salam. Abang kembarnya Daniel pulak duk usap kepala adiknya. Kadang kala dia tunduk cium dahi Rayyan. Aduhai. Melebur hati melihat anak-anak comel ini ๐ข.
✅Saya bagitau ayah dan ibu Rayyan jangan pikiaq benda lain, tumpu pada usaha mengubat anak mereka. RM20,000 saya bagi teruih kat depa. Ini bukan wang kerajaan. Ini wang saya sendiri. Saya infak untuk selamatkan nyawa adik Rayyan.
Ayah ibunya tak henti-henti ucap terima kasih. Saya sebenarnya hanya mampu buat yang ini, selebihnya kita bergantung kepada doktor dan doa kepada Tuhan.
Saya berpegang kepada kata-kata PMX kita:
"Anak Melayu anak saya. Anak Cina anak saya. Anak India anak saya. Anak Iban atau anak Kadazan: mereka semua anak saya."
Jangan risau, selagi Steven Sim ada di sini, saya takkan biarkan apa-apa berlaku kepada anak-anak saya, tak kira kaum dan agama. Ini janji saya. ✋
Jalan Teruih ๐ช