JIKA AHLI UMNO BOIKOT… TALKIN UNTUK UMNO

 




NORMAN RADZUAN


Ahli UMNO jgn mudah tertipu, UMNO perlu bangkit

JIKA AHLI UMNO BOIKOT… TALKIN UNTUK UMNO

Ada ura2 kerana hasutan dari dalaman dan luar parti, ada ahli UMNO akan boikot undi atau memberikan undi kpd calon PN. Dgn alasan menolak Zahid Hamidi atau DAP.

Tahukah ahli UMNO ketika UMNO mahu diharamkan, DS Anwar telah berjumpa Muhyiddin utk menyelamatkan parti ini. Anwar beritahu Muhyiddin beliau hanya lawan UMNO di pentas politik bukan mahu haramkan parti yg byk berjasa kpd org Melayu ini.

Maksudnya tujuan Bersatu itu ditubuhkan utk menggantikan UMNO. Jika ahli UMNO bertindak mengundi PN kerana termakan propaganda PN, sebenarnya ahli UMNO sendiri sdg mentalkinkan partinya sendiri.

Kenapa Muhyiddin tidak mahu bersama sama menubuhkan kerajaan Perpaduan? Sebab dia mahu jadi Perdana Menteri. Muhyiddin tidak akn serahkan jawatan PM itu kpd UMNO mahupun PAS walaupun kekuatan PN 90% bergantung kpd PAS.

Muhyiddin telah berjaya mempergunakan kekuatan PAS utk dia berkuasa tetapi dia gagal menguasai UMNO. Akhirnya niatnya utk jadi PM sekali lagi terbantut kerana sebenarnya Bersatu tiada kekuatan apa2.

Muhyiddin masih mahu buat kerja ‘tebuk atap’. Dlm sejarah Malaysia, Muhyiddin satu2nya Individu yg menjatuhkan kerajaan yg sedia ada utk menjadi PM. Jadi dia mahukan lakukan sekali lagi kerana ketakutannya kpd kes mahkamah yg akn memenjarakannya jika disabitkan kesalahan.

Muhyiddin tahu hanya dgn satu cara sahaja utk dia menjadi PM tanpa pilihanraya dgn melemahkan UMNO agar Zahid Hamidi terus tertekan.

Muhyiddin juga tahu walaupun PN menang PRN ini ia tidak akan mengubah kerajaan pusat. Namun dia mahu Zahid dilihat gagal sebagai Presiden UMNO utk ahli2 UMNO memberontak dgn memberi tekanan yg lebih dasyat kpd Presiden yg dianggap sudah tidak relevan.

Kononnya org Melayu menolak UMNO utk bersama PH. Maka lanskap politik Malaysia akn terus marak dgn isu perkauman yg semakin membarah dan harapan PN, Zahid akn mengundurkan diri. Atau sekurangnya pengaruh Zahid semakin lemah utk pemilihan UMNO akn dtg.

Jika ahli UMNO menolak calon PH/BN dan menyerahkan kpd PN, kuasa kerajaan negeri tidak akn selari dgn kerajaan pusat. Ia hanya melemahkan UMNO sendiri di negeri tersebut malah UMNO dilihat sudah tidak relevan di pentas politik tanahair.

Ahli2 UMNO mesti ingat jika mereka memilih bekerjasama dgn PN, mereka tidak mampu utk bertanding kerusi yg banyak pada PRU akn dtg kerana pada PRU yg lalu UMNO menang tidak sampai 30 kerusi.

Sudah pasti PAS dan Bersatu yg juga parti Melayu seperti UMNO tidak mahu melepaskan kerusi yg dimenangi mereka. Sdgkan jika bersama PH peluang UMNO bertanding dibanyak kawasan Melayu lebih terbuka.

Ahli UMNO mesti mengambil peluang yg ada ini utk buktikan parti keramat ini boleh bangkit kembali dan bukan ditalkinkan oleh ahlinya sendiri. Adalah sgt malang jika ahli UMNO percaya kpd PN ( Bersatu ) yg mahu menggantikan UMNO.