YDPA MENITAHKAN SUPAYA DIHEBAHKAN AGAR MENGELAK DAN MENYINGGUNG RAJA RAJA MELAYU

 







Apa yang menarik perhatian aku dalam berita yang disiarkan ini adalah, DS Anwar menyebut yang YDP Agong menitahkan untuk beliau hebahkan perkara ini. Ianya perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

Bila YDP Agong bertitah begitu, ia bererti bahawa memang perbuatan mempertikaikan perlantikan DS Anwar sebagai PM sebenarnya mengguriskan hati YDP Agong. Bahkan Raja-Raja Melayu yang lain juga turut tidak senang dengan perkara itu.

Masakan tidak, kalau sampai berkias kononnya ada pengadil alih tiang gol, itu kan satu kebiadapan yang jelas terhadap Paduka Tuanku. PN mengaku membela Melayu. Hakikatnya mereka terlalu kerap menderhaka. Wajarkah orang Melayu menyokong mereka yang tak menghormati Raja-Raja ini? Guane boh?

Raja Gelap

No comments: