JANGAN HALANG PERTANDINGAN, HISHAMMUDDIN MESTI BERANI LAWAN PRESIDEN UMNO

 


DIA NI MEMANG SUKA BERSEMBUNYI DIBELAKANG TABIR. JENIS PENGECUT. TANYA LOKMAN ADAM DAN ZAMIL KENAI LA DIA NI. LOKMAN PANGGE DIA PONDAN SIAM.SEBAB ADA KES DIMANA PERDEBATAN DI UKM SEKITAR TAHUN 1999 DIMANA BELIAU PENAKUT UNTUK HADIR BERDEBAT.

KETIKA ANWAR DIPECAT, DIA BERTAHAN DALAM GERAKAN REFORMASI SELAMA SEBULAN, KEMUDIAN CABUT SOKONG MAHAZALIM. DIA DILANTIK SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO. LAIN LAIN SEMUA MENYERTAI GERAKAN REFORMASI.

WALAU PUN KEMUDIANNYA LARI DAN BELOT SEBAB SUSAH KETIKA BERJUANG , BILA KAYA RAYA DAN SENANG LENANG...ADA YANG SEMBANG KENCANG DAN DAPAT GELARAN BAGAI....ITU KISAH KETIKA BERLAKUNYA GERAKAN REFORMASI DULUNYA.


Walaupun tarikh pemilihan UMNO belum lagi ditetapkan, tetapi perbualan mengenainya sudah mula menghangat, termasuk ada pihak tampil menyarankan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sebelum ini, pemilihan UMNO ditangguhkan dan sehingga dipinda perlembagaannya yang hanya membenarkan pertandingan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan, matlamatnya ialah agar parti tidak berpecah dan fokus kepada usaha memenangi pilihan raya.

Dengan itu, menyarankan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam keadaan PRU sudah selesai adalah tidak munasabah dan suatu langkah yang jauh berundur ke belakang.

Apa punya demokrasi namanya – sebelum PRU, pemilihan beria-ia ditangguhkan, selepas PRU, dilarang pula jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi.

Sepatutnya setelah selesai PRU inilah pertandingan mesti dibuka dengan seluas-luasnya dan tidak harus ada usul sekatan sama sekali serta untuk apa jawatan sekali pun daripada ditandingi.

Nak takut apa lagi jika berlaku pertandingan selepas PRU ini?

Sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, UMNO harus menyuburkan amalan itu, bukan membubuh racun untuk mematikannya.

Lagi pun, usul larangan sebelum ini ialah ketika Presiden UMNO memegang jawatan Perdana Menteri, berbeza dengan sekarang di mana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hanya berjawatan Timbalan Perdana Menteri saja.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu pula tidak termaktub dalam perlembagaan negara, maka nampak lekeh sangatlah UMNO ini jika dengan jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan itu pun masih mahu disekat pertandingan juga.

Biarkan pemilihan UMNO kali ini berlaku pertandingan yang seluas dan sebebasnya sebagai tanda parti Melayu itu masih belum mati amalan demokrasinya.

Dalam hal berkaitan, pemimpin yang mesti tampil dengan berani, kalau boleh cium keris sekali untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden seharusnya ialah Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong ketika ini.

Walaupun Khairy Jamaluddin ada memberi respon “akan tengok” berhubung kemungkinan dirinya bertanding sekali lagi sebagai Presiden UMNO, bekas Menteri Kesihatan itu sebenarnya tidak sesuai merebut jawatan tersebut.

Ini kerana beliau ketika ini bukan Ahli Parlimen setelah kalah di Sungai Buloh baru-baru ini.

Tanpa jawatan sebagai Ahli Parlimen, jika menang pun sebagai Presiden UMNO, beliau tidak mampu menggegar kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang diterajuinya.

Begitu juga dengan Ismail Sabri Yaakob, di sebalik Khairy Jamaluddin pernah mencadangkannya agar mengambil alih kepimpinan UMNO, suasana itu tidak relevan lagi buatnya setelah bergelar bekas Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam kemelut penubuhan kerajaan selepas PRU15 baru-baru ini, Hishammuddin adalah antara 10 Ahli Parlimen BN, malah dipercayai merupakan ketua kumpulan Ahli Parlimen berkenaan yang menandatangani akaun bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Beliau berbuat demikian dalam keadaan sedar bahawa sudah wujud Akta Anti Lompat Parti dan akujanji di kalangan Ahli Parlimen yang memberi kuasa kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN untuk menentukan pilihan berhubung penyertaan parti itu dalam kerajaan.

Ini bermakna, Hishammuddin sudah secara terbuka menunjukkan penentangannya terhadap Zahid Hamidi.

Maka, beliau mesti terus bersikap jantan dengan berani mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO yang dijangka diadakan sebelum pertengahan tahun 2023 depan.

Selain itu, berikutan Hishammuddin telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin sebelum ini, hasrat untuk menjadikan Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri hanya boleh menjadi kenyataan jika beliau berjaya memenangi jawatan Presiden UMNO.

Selepas memenangi jawatan Presiden UMNO nanti, beliau boleh membawa parti itu keluar daripada kerajaan, sekaligus menarik sokongan terhadap Anwar.

Jangan lupa, cubalah bawa sekali GPS dan GRS untuk turut sama menarik sokongan, barulah Mahiaddin yang gagal sebagai Perdana Menteri sebelum ini dapat jadi Perdana Menteri sekali lagi. – ShahbudinHusin 13/12/2022.