ANWAR BERI PETUNJUK TEGAS KEPADA PENJAWAT AWAM DALAM ISU KPPA



Setelah melalui zaman pemerintahanz DS Ismail Sabri yang tidak konsisten serta "banyak kata banding buat kerja", kini tampuk pemerintahan negara diambil alih oleh DS Anwar Ibrahim.


DS Anwar Ibrahim walaupun dilihat sebagai populis, namun tindakan beliau berasas.


Jika sewaktu PH memerintah dibawah Tun Dr. Mahathir, ramai penjawat awam kontrak yang dibuang dengan alasan menjimatkan perbelanjaan negara tetapi tidak dibawah pentadbiran DS Anwar Ibrahim.


DS Anwar Ibrahim tahu, untuk memantapkan perkhidmatan awam, ianya hendaklah dimulakan daripada pucuk kepimpinan. Jika Ketua Perkhidmatan Awam cemerlang, maka cemerlang lah seluruh pentadbiran awam.


Disebabkan itu, walaupun yang berjanji untuk menyiasat isu KPPA vs Pegawai Imigresen-saudara James ialah DS Ismail Sabri, namun tindakan hanya dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim.


DS Ismail Sabri hanya memejamkan mata terhadap salah laku KPPA-Mohd Syafiq sebelum ini. Antaranya ialah,


DS Mohd Syafiq melangggar banyak peraturan perkhidmatan awam, menggunakan JPA untuk mengungut penjawat awam supaya berdiam diri, menaikkan pangkat skandal beliau sesuka hati, memecat pegawai-pegawai khas tanpa sebab munasabah.


Semua kesalahan besar ini dipejamkan mata oleh pentadbiran sebelumnya.


Kini, Otai Reformasi PM-10 DS Anwar Ibrahim tiba, tidak ada lagi tempat dalam perkhidmatan awam, terutamanya pegawai kanan kerajaan untuk bertindak sewenang-wenangnya.


Tahniah DS Anwar Ibrahim, pemecatan DS Mohd Syafiq sebagai KPPA disokong penuh oleh para PTD dan penjawat awam lainnya.


Segulung tahniah dan segunung terima kasih diucapkan atas keberanian DS Anwar Ibrahim.


-AR-


No comments: