MOROCCO

 MOROCCO



1. Ramai excited Morocco masuk semi final Piala Dunia. Ia merupakan negara Islam kedua, yang berjaya masuk ke semi final Piala Dunia, sejak pertama kali diadakan pada tahun 1930. Selepas Turki pada tahun 2002. 


2. Orang kita panggil Morocco, Maghribi. Makna Maghribi dalam Bahasa Arab adalah “yang paling barat, tempat terbenam matahari”. Ini kerana Morocco adalah kawasan paling barat dari tanah Arab. Dah melangkau masuk ke Eropah. 


3. Orang Eropah gelar ia Morocco. Dari nama bandar terkenal mereka “Marakesh”. Ia lekat sampai sekarang dan menjadi nama rasmi negara ini. 


4. Banyak persamaan antara negara Morocco dengan Malaysia. Populasi mereka hanya 37 juta orang, kita 33 juta. Sistem mereka juga Raja Perlembagaan, dengan ada seorang Raja yang memerintah. Dibantu oleh Perdana Menteri dan Kabinet. 


4. Raja mereka adalah Ketua Agama dan Ketua Angkatan Tentera. Raja mereka ini direkodkan sebagai keturunan Rasulullah. Tetapi menerima sistem sekular dari Eropah dalam pentadbiran, pada masa sama masih teguh memegang fahaman Islam.


5.  Seks luar nikah adalah jenayah di sana. Tidak boleh sebarkan agama lain kepada penganut Islam. Suatu kesalahan. Wanita juga punya tempat teratas. Perwakilan di Senat mereka, wajib sekurang2nya 30 orang wanita. Tidak boleh kurang. 


6. Wanita juga bebas menjadi pemimpin, berkerjaya dan bersekolah. Tiada penindasan. Lain jika dibandingkan di negara Islam lain. Perempuan suatu ketika, lesen memandu pun tak boleh mohon. Ada tempat, anak perempuan tak boleh bersekolah. 


7. Majoriti rakyat Morocco adalah beragama Islam Sunni. 99% kesemuanya. Tapi dari pelbagai kaum dan latar belakang. Ada keturunan Arab, Berber dari Afrika dan pelbagai etnik lain termasuk dari Eropah. 


8. Mereka juga dijajah, oleh Sepanyol dan Perancis, beratus tahun juga. Negara mereka cantik, ada gunung ganang, pantai dan padang pasir. Tempat tumpuan pelancong juga: Rabat, Marakesh, Casablanca. Sama juga di Malaysia, kita ada Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak. 


9. Dari segi ekonomi, ia antara negara membangun yang berdaya maju. Ekonomi ke-5 terbesar di benua Afrika. KDNK dan FDI berterusan meningkat. Lebih kurang kita. 


10. Sekarang, ia mewakili negara Islam seluruh dunia,  melayakkan diri untuk jadi Juara Piala Dunia. Pemain mereka sujud syukur atas padang, lepas menang kalahkan Portugal. Satu dunia pandang Islam dengan sudut pandang lain. Kita punya bangga. 


11. 42 tahun dulu, Malaysia kalahkan Morocco 2-0 dalam Pesta Bola Merdeka. Hari ni mereka layak ke semi final Piala Dunia. Akan melawan colonial master mereka, Perancis. Ramai yang dah cari jersi Morocco minggu ini. 


12. Bagaimana negara ini menjadi negara Islam cemerlang sebegini? Dipandang tinggi atas tekad dan daya mereka berlawan di pentas dunia. Hingga agama Islam pun dijulang sama. Malaysia pula ketinggalan padahal kita pernah kalahkan mereka. 


13. Simple, mereka amalkan konsep Wasatiyah. Yang dituntut juga dalam agama. Sederhana. Moderate. Tengah2. Bukan ekstremis nak jadi Pak Arab atau nak tukar negara jadi fundamental Islam seperti Afghanistan. Mereka cuba seimbang dunia dan akhirat. 


14. Morocco 99% Islam Sunni, mereka tak cuba jadi atau ikut orang lain. Tolak Arabilisasi. Malaysia, 52% Melayu Islam, kita masih guna hudud sebagai modal politik. 


15. Acuan negara Islam mana yang kita nak ikuti? Jangan sampai kita hilang jati diri dan merempat di negara sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki