HAAAA.....KOMEN KOMEN...SURUH BACA MALAS







Ini berita yang ditunggu-tunggu oleh lebai, walaun dan machai bunge. Bila tengok di ruangan komen, macam yang aku agak, lekas saja mereka kaitkan dengan kerjasama PH dan BN sebagai punca Azeez dibebaskan.

Aku cuma nak bentangkan beberapa fakta dan biar korang nilai sendiri.

Azeez bukan baru ni dibebaskan. Pada 23 Sept. lagi dia sudah dilepaskan tanpa dibebaskan. Bererti dia dah didapati tidak bersalah berdasarkan bukti yang ada pada waktu itu. Sekiranya ada bukti baru, dia boleh didakwa semula.

Namun pada 26 Oktober, SPRM telah menghantar surat menyatakan yang siasatan mereka telah selesai. Disebabkan tiada dakwaan lanjut, maka peguamnya meminta untuk dia dibebaskan.

Ok. Semua tarikh kejadian berlaku sebelum bulan November. Ketika itu kerajaan diketuai oleh Isnail dan PAS ada dalam pentadbiran. DS Anwar angkat sumpah sebagai PM hanya pada 24 November.

Macamana nak kaitkan PH sebab keputusan Azeez tak bersalah dan kenyataan SPRM yang siasatan mereka telah selesai berlaku sewaktu PH masih lagi pembangkang?

Keputusan bebas hari ini hanya pengesahan. Dia sudah dilepaskan sejak September lagi. Kenapa masa tu walaun dan machai bunge tak bangkit soal bebaskan penyamun?

Lagipun, setakat ini PH masih meneruskan khidmat orang yang sama dalam badan kerajaan. Ketua hakim, peguam negara, pendakwaraya, malah Ketua Pesuruhjaya SPRM pun semua masih lagi lantikan Mahiaddin atau Isnail. Bukan lantikan DS Anwar.

Akhir sekali, dok sibuk soal Azeez bebas, sampai lupa nak cerita Bung Mokhtar dan isterinya telah dipanggil untuk bela diri.

Nak cerita, Bung Mokhtar ni MP. Dia salah seorang yang sokong Kerajaan Perpaduan ini. Berbanding Azeez yang bukan siapa-siapa. Kalau DS Anwar nak selamatkan, lebih bermakna selamatkan Bung dari selamatkan Azeez.

Sekarang fikirlah sendiri. Puak sana memang terer bab manipulasi cerita. Kalau fitnah pun pakar, apa sangat la manipulasi ni. Tapi kalau nak korbankan akal nak percaya hasutan mereka, aku tak larang. Guane boh?

Raja Gelap