Pemimpin adalah cerminan rakyat


Dalam sejarah umat, disimpulkan secara umum oleh para sejarawan tentang pola perbuatan pemimpin akan kemudiannya menjadi pola perbuatan rakyat. Jika baik perbuatan pemimpin, maka baiklah keadaan dalam pemerintahannya.


Jika jahat perbuatan pemimpin, maka jahatlah keadaan dalam pemerintahannya. Pola ini disimpulkan oleh sejarawan melalui tiga percontohan:


i. Disebabkan gabenor Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi yang cenderung berperang dan keras terhadap musuhmusuhnya atau rakyatnya, maka di dalam negerinya, apabila rakyat bangun pagi, mereka bertanya “Siapa kena bunuh semalam?”; “Siapa orang yang kena pukul?” dan yang seumpamanya.


ii. Khalifah Walid bin Abdul Malik,pada zaman pemerintahannya gemar kepada kebun dan membangun rumah. Maka dalam Negeri pemerintahannya, apabila rakyat bangun pada pagi hari, maka akan dibualkan sesama mereka tentang perihal yang sama, iaitu tentang rumah, kebun dan hal-hal yang berkaitan.


iii. Pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, disebabkan beliau suka makanan dan berkahwin banyak, maka rakyat di dalam Negeri pemerintahannya juga turut menggemari perkara sama, iaitu berbicara tentang makanan makanan dan memahalkan perkahwinan.


iv. Khalifah Umar Abdul Aziz pula, pada zaman pemerintahannya yang adil dan berkebajikan, dengan rutin amalannya yang konsisten dalam ibadat dan ketaatan kepada Tuhan, maka rakyat dalam pemerintahannya juga turut mementingkan aspek yang sama, memngutamakan bacaan dan hafazan al-Qur’an, wirid wirid, berpuasa dan amal-amal ketaatan yang lain.


Ini adalah petikan dari buku "KEADILAN UNTUK ORANG BERSOLAT"


📍Versi PDF (Download)  https://bit.ly/3BmZWD5

📍Versi Flipbook: https://bit.ly/3hizF1Y



No comments: