PENYELENGGARAAN SUSAH NAK SAKAW GAMAKNYA- NAK SEDIAKAN PENGANGKUTAN BELI ITU INI SENANG SIKIT...

 


Sistem selenggara ‘kelas ketiga’, syarikat pengangkutan awam diselar.




LRT Kelana Jaya menjadi bahan liputan media baru-baru ini kerana banyak gangguan perkhidmatan yang dialami.

PETALING JAYA: Seorang perunding pengangkutan mengecam syarikat penyelenggaraan sistem pengangkutan awam negara kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Rosli Azad Khan berkata, syarikat yang menguruskan sistem pengangkutan awam terus gagal dalam tanggungjawab mereka walaupun kerajaan mempunyai dasar yang jelas untuk mengelak penggunaan kenderaan persendirian dan meluaskan penggunaan perkhidmatan bas dan rel.

“Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam memerlukan banyak perkara. Mungkin kita mengambil kumpulan yang salah yang tidak cekap dari segi teknikal untuk mengurus dan menyelenggaranya untuk menghasilkan tahap perkhidmatan terbaik yang diperlukan,” katanya kepada FMT.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook semalam yang memaklumkan, Malaysia memiliki kemudahan pengangkutan awam kelas pertama tetapi sistem penyelenggaraannya “kelas ketiga”.

Loke berkata demikian dengan merujuk kepada banyak gangguan yang menjejaskan laluan LRT Kelana Jaya baru-baru ini.

Rosli berkata, terdapat sejumlah besar peruntukan untuk infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam, dengan kerajaan melabur dalam teknologi terbaik untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas dan rel secara meluas.

Beliau mengkritik pengendali rel Prasarana Malaysia Bhd itu kerana kurang menunjukkan komitmen untuk mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

Pada masa sama, beliau menggesa pengurusan tertingginya berundur dan digantikan dengan pasukan yang yakin dengan dasar dan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Seorang lagi perunding pengangkutan, Goh Bok Yen, berkata penyelenggaraan sistem pengangkutan awam memerlukan jurutera dan juruteknik mahir serta berpengetahuan mendalam tentang sistem tersebut.

“Kakitangan penyelenggaraan mesti sentiasa mengikuti perkembangan dalam sistem dan bukannya leka dan kita mesti memastikan jurutera dan juruteknik mendapat latihan yang mencukupi,” katanya.

Goh berkata, ini akan membolehkan pasukan penyelenggaraan memastikan sistem pengangkutan awam mampan dan boleh menunjukkan prestasi pada tahap optimum.

No comments: