Ini berita yang ditunggu-tunggu oleh lebai, walaun dan machai
bunge. Bila tengok di ruangan komen, macam yang aku agak, lekas saja mereka
kaitkan dengan kerjasama PH dan BN sebagai punca Azeez dibebaskan.
Aku cuma nak bentangkan beberapa fakta dan biar korang nilai
sendiri.
Azeez bukan baru ni dibebaskan. Pada 23 Sept. lagi dia sudah
dilepaskan tanpa dibebaskan. Bererti dia dah didapati tidak bersalah
berdasarkan bukti yang ada pada waktu itu. Sekiranya ada bukti baru, dia boleh
didakwa semula.
Namun pada 26 Oktober, SPRM telah menghantar surat menyatakan
yang siasatan mereka telah selesai. Disebabkan tiada dakwaan lanjut, maka
peguamnya meminta untuk dia dibebaskan.
Ok. Semua tarikh kejadian berlaku sebelum bulan November. Ketika
itu kerajaan diketuai oleh Isnail dan PAS ada dalam pentadbiran. DS Anwar
angkat sumpah sebagai PM hanya pada 24 November.
Macamana nak kaitkan PH sebab keputusan Azeez tak bersalah dan
kenyataan SPRM yang siasatan mereka telah selesai berlaku sewaktu PH masih lagi
pembangkang?
Keputusan bebas hari ini hanya pengesahan. Dia sudah dilepaskan
sejak September lagi. Kenapa masa tu walaun dan machai bunge tak bangkit soal
bebaskan penyamun?
Lagipun, setakat ini PH masih meneruskan khidmat orang yang sama
dalam badan kerajaan. Ketua hakim, peguam negara, pendakwaraya, malah Ketua
Pesuruhjaya SPRM pun semua masih lagi lantikan Mahiaddin atau Isnail. Bukan
lantikan DS Anwar.
Akhir sekali, dok sibuk soal Azeez bebas, sampai lupa nak cerita
Bung Mokhtar dan isterinya telah dipanggil untuk bela diri.
Nak cerita, Bung Mokhtar ni MP. Dia salah seorang yang sokong
Kerajaan Perpaduan ini. Berbanding Azeez yang bukan siapa-siapa. Kalau DS Anwar
nak selamatkan, lebih bermakna selamatkan Bung dari selamatkan Azeez.
Sekarang fikirlah sendiri. Puak sana memang terer bab manipulasi
cerita. Kalau fitnah pun pakar, apa sangat la manipulasi ni. Tapi kalau nak
korbankan akal nak percaya hasutan mereka, aku tak larang. Guane boh?