Apa yang menarik perhatian aku dalam berita yang disiarkan ini
adalah, DS Anwar menyebut yang YDP Agong menitahkan untuk beliau hebahkan
perkara ini. Ianya perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan menyinggung kedudukan
Raja-Raja Melayu.
Bila YDP Agong bertitah begitu, ia bererti bahawa memang
perbuatan mempertikaikan perlantikan DS Anwar sebagai PM sebenarnya
mengguriskan hati YDP Agong. Bahkan Raja-Raja Melayu yang lain juga turut tidak
senang dengan perkara itu.
Masakan tidak, kalau sampai berkias kononnya ada pengadil alih
tiang gol, itu kan satu kebiadapan yang jelas terhadap Paduka Tuanku. PN
mengaku membela Melayu. Hakikatnya mereka terlalu kerap menderhaka. Wajarkah
orang Melayu menyokong mereka yang tak menghormati Raja-Raja ini? Guane boh?