KAK IDA ABDULLAH
Actually, SOP penjarakan fizikal dan cuci tangan/hand sanitizer
sudah mencukupi..
Nano spray dan sebagainya adalah tidak perlu..
X perlu buang duit unnecessarily..
Sarung tgn pun x payah..
Tk tau la nak habaq lagu mana dh..
Bila bgtau, bila nasihat, ada jer jawabnya...
Sharing is caring..
Tp ada spesis yang tak layak di 'caring' kan..
Spesis angkuh..
Keangkuhan yg membuka kebodohan..
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan Disinfection
Box, Chamber/Tunnel/Booth/Partition/Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19
adalah tidak disarankan.
Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa model peralatan dari
beberapa negara jiran dan model-model sedia ada di Malaysia. Setiap model
menggunakan semburan bahan kimia yang berlainan selama 20 hingga 30 saat.
Hasil daripada penilaian ini, tiada bukti menunjukkan bahawa
peralatan ini berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. 20-30 saat
adalah tidak memadai untuk nyahkuman yang berkesan. Ia juga tidak membunuh
kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada
selaput badan seperti mata dan mulut.
Penjelasan ini pernah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbar pada 15 April 2020.
(https://kpkesihatan.com/.../kenyataan-akhbar-kpk-15.../)
Berdasarkan penilaian ini, KKM tidak menyarankan penggunaan
peralatan ini untuk langkah pencegahan jangkitan COVID-19 sebaliknya
mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Kos untuk membeli disinfectant box ini sebaiknya diguna untuk
mengadakan langkah pencegahan yang lebih berkesan seperti memperbanyakkan
tempat mencuci tangan bagi pengusaha restoran atau medan selera atau
menyediakan lebih banyak cecair pembasmi kuman (sanitizer) untuk kemudahan
pelanggan.
Penjelasan
semula ini dibuat susulan ada peniaga yang merancang untuk menyediakan
disinfection box kepada pelanggan mereka, seperti yang dilaporkan media.