Mula-mula anak saya tunjuk video 'mattaksaleh' cakap Melayu, komen saya Melayu lah yang rosakkan BM kemudian tersentap jika bangsa lain tak fasih BM kerana ini Tanah Melayu. Disuruh pula balik ke negara masing-masing.
Apabila jadi trending dan anak saya masih bercerita pasal kegagalan mattaksaleh bercakap Bahasa Melayu, saya berbaik sangka dan berkata "mungkin dia ada sesuatu kelainan seperti autism atau speech delay yang menyebabkan dia terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris ATAU kerana terlalu mengawal idgham 'g' maka bunyinya lari..."
Saya beri sebab2 itu kerana sudah bosan dengan Melayu hipokrit dari level teratas sehingga anak2 kita level biasa ni, cakap Melayu tunggang langgang, cakap English songsang. Tengok Menteri sudahla... Punya malu cakap bahasa ibunda sampai sanggup mencabul bahasa orang lain pula!
Akhirnya Melayu, bahasa ibunda gagal mertabatkan, tulisan sendiri dimansuhkan, bangsa sendiri ditipu dan ditindas, TETAPI terasa terancam dengan bahasa, bangsa dan agama lain. Demikianlah Melayu yang dikurnia iman sedang dicabut keberkatan perlahan-lahan. Allah telah memberi peringatan bahawa semuanya hanya pemberian yang akan dicabut NYA apabila manusia gagal bersyukur dan memanfaatkan.
Demikianlah Melayu yang tidak menghargai dan tidak pernah bangga dengan saudaranya yang masih mampu dan mahu memertabatkan bahasa, bangsa dan agama orang Melayu. Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin Melayu yang cantik Bahasa Melayunya, yang dianugerah kepintaran, dihormati di serata dunia tetapi Melayu lebih berbangga mencerca dan mentohmah beliau dengan tuduhan paling jijik lalu menjatuhkan maruah bangsa.
Melayu lebih selesa mengangkat politikus keji, yang menjadikan rasuah sebagai makanan ruji sebagai wira di hati mereka. Mahu salah siapa? Tuhan yang mencipta bangsa Melayu, iblis yang menoda bangsa mu atau diri Melayu yang malas menggunakan akal untuk berfikir supaya bermutu? Keputusan di tangan Melayu. Bersatu untuk angkat maruah bangsa mu BUKAN bersatu kerana takutkan hantu! Hantu yang menjadi penyebab kamu tidak maju tidak bermutu. Hantu yang sering menakutkan kamu dengan alasan diri mu, keluarga mu, negara mu akan dirampas dari kamu! Kamu hapus dulu hantu itu untuk bangun sebagai Melayu bermutu atau berdepan dengan kepupusan bangsa mu apabila keberkatan dicabut dari roh Melayu.
Kak Ida
19 September 2021