Tidak daftar vaksinasi, ke mana
hilangnya 15,457 individu di Perlis?
Salim Aziz
Semakan sedang dibuat
bagi menetukan sama ada dalam kalangan mereka berkemungkinan telah mendapat
vaksin di negeri lain. - Gambar fail
KANGAR: Kerajaan negeri Perlis sedang berhubung rapat dengan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mengenal pasti jumlah
penduduknya yang mendapat suntikan vaksin COVID-19 di luar negeri itu.
Perkara
itu diberi perhatian berikutan lebih 15,000 penduduk dan individu yang menetap
di negeri itu, masih tidak melakukan pendaftaran vaksinasi, sehingga kini.
Menurut
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, daripada jumlah 15,457 individu
itu, 12, 684 individu adalah yang berusia 18 tahun ke atas manakala 2, 773
individu lagi adalah dari populasi warga emas.
Pecahan
dan jumlah populasi itu dihitung berdasarkan dari bancian penduduk yang
dilakukan pada 2010.
“Kita
tak tahu juga ada dalam kalangan mereka ini berkemungkinan telah mendapat
vaksin di negeri lain, sebab dalam MySejahtera kita tidak pasti berapa ramai
orang yang menetap di Perlis tapi mengambil vaksin di negeri lain.
"Yang
itu saya tidak pasti berapa peratus. Sebab kita sedang mendapatkan data dari
pihak MOSTI. Apabila kita dapat, kita akan maklumkan," ujar Azman.
Sehubungan
itu, beliau turut meminta agar semua pihak untuk akur dengan saranan kerajaan
bagi membantu negara membentuk imuniti kelompok dengan lebih cepat.
Beliau
ditemui di Kangar Street Art, dalam lawatannya untuk meninjau persediaan
beberapa tempat pelancongan menarik di Perlis.
Setakat
Jumaat, berdasarkan keseluruhan populasi 254,900 orang di Perlis, sejumlah
173,166 individu telah menerima dos pertama vaksin manakala 149, 699 orang
lengkap dua dos vaksin.