Tak kesian ke Syed Saddiq didakwa?

 


Youth minister Syed Saddiq allegedly persuaded Mahathir not to resign over  new Johor Chief Minister issue - Mothership.SG - News from Singapore, Asia  and around the world

Kesian. Tapi hakikat yang dia suruhan Mahathir buatkan aku sangsi dengan pendakwaan ini. Kerana kisah ini berjaya menarik simpati masyarakat kepadanya.

Pertama, ini akan mampu untuk menunjukkan yang kononnya kumpulan Mahathir tiada kena mengena dengan Mahiaddin.

Kedua, ia juga akan dapat menarik sokongan rakyat terhadap Syed Saddiq yang akhirnya sokongan itu akan diserahkan kepada Mahathir.

Jadi dalam hal ini, sedikit plot twist akan buatkan Mahathir menang besar. Jadi dalam aku kesiankan Saddiq, aku lebih risaukan rakyat Malaysia yang mungkin dijerat oleh Mahathir sekali lagi.

Kemungkinan itu ada.

Selagi Saddiq terikat dengan Mahathir, maka selagi itu aku tak boleh nak percaya 100% dengan setiap aksi drama yang berlaku.

Aku membesar ketika Mahathir baru jadi PM. Aku remaja di saat Mahathir bersama DS Anwar. Zaman belia aku menyaksikan Mahathir tikam DS Anwar.

Di saat aku di alam dewasa, aku melihat sekali lagi bagaimana Mahathir mengkhianati, bukan sahaja DS Anwar, bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Aku tak mahu memasuki alam tua dengan sekali lagi terpaksa melihat Mahathir merosakkan negara ini. Cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja.

Jadi selagi Syed Saddiq bersama Mahathir, selagi itu aku tak percaya yang berlaku ini adalah kisah nyata. Sentiasa ada gajah di sebalik batu.

Raja Gelap