Sepatutnya Shahidan faham fahamlah bila kena boo oleh perwakilan semasa berucap mewakili Perlis di PAU 2020 lalu.
Kini dia menyebok lagi supaya UMNO buat U turn agar bekerjasama dengan PPBM kalau mahu menang besar demi masa depan politik orang Melayu.
Baca – https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/07/21/
UMNO memang mahu bekerjasama dengan mana mana parti politik Melayu tetapi bukan dengan PPBM.
Dengan PPBM sudah tutup pintu. Keputusan telah pun dibuat dalam PAU 2020 dan mesyuarat MKT pada 7 Julai yang lalu.
Maka Shahidan tidak perlu bermimpi siang hari. UMNO boleh bekerjasama dengan parti parti lain termasuk PAS.
Tidak ada jaminan, politik Melayu kuat jika UMNO bekerjasama dengan PPBM. Ia hanya untuk melepaskan tengkuk PM dan orang orang seperti Shahidan.
Terbukti tidak ada “Kejujuran Politik” daripada PPBM. UMNO amat terbuka bila menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
MP UMNO pula dibenarkan sokong Kerajaan PN. UMNO melupakan konspirasi PPBM-DAP sehingga UMNO hilang kuasa di PRU ke 14.
UMNO tanpa dendam menyokong Muhyiddin menjadi PM ke 8. Tetapi tempoh 15 bulan telah disia siakan. Sekarang PPBM mahu guna Shahidan supaya UMNO buat pusingan U.
Sudah terhantuk baru tengadah. Cukuplah, UMNO tidak akan masuk lubang biawak kali kedua.
Itu bukan bererti UMNO mahu bersendirian. UMNO paling awal melakukan tahalluf siyasi bila tubuh Perikatan sebelum jadi BN.
UMNO bukan parti yang suka bersendirian. UMNO cuma perlu lebih berhati hati. Bukan senang mencari rakan politik yang jujur.
Justeru, bagi mereka yang faham, cakap cakap Shahidan itu hanya untuk survival politik beliau. Bolehkah Shahidan menang jika dia bertanding bukan atas tiket UMNO?
Tidak payah guna isu “No Anwar No DAP”. Itu hanya muslihat supaya UMNO menjadi defensif. UMNO tidak pernah ubah keputusan.
Patut Shahidan jawab kenapa dia boleh berlembut dengan PPBM sedangkan timbul dakwaan DAP telah ada persetujuan CSA dengan Kerajaan PN?
Kenapa senyap. TPM sendiri yang maklumkan perkara itu dalam mesyuarat MKT UMNO.
Sebenarnya PM tahu, UMNO adalah penentu. Jika tidak, masakan Muhyiddin tergesa gesa melantik TPM dari UMNO. Kenapa tidak lantik lebih awal.
PM tidak jangka UMNO tarik sokongan kepada dia. Muhyiddin memerlukan UMNO untuk terus berkuasa. Bukan UMNO perlukan PM dan PN.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO.