CUMA PULANG PAKU BUAH KERAS ISLAM TERANCAM DAN TAK LEBIH DARI ITU....INIKAN POLITIK...

 

KENAPA NAK EKSPLOITASIKAN KEJADIAN?



Maaf saya kurang faham kenapa diviralkan tangkapan ke atas 49 warga asing yang langgar SOP kerana solat Aidiladha di Taman Pelangi Bukit Mertajam, Selasa lepas. Ramai yang viralkan gambar pelanggar SOP itu digari. Apa sebenar hendak diceritakan?

Saya rasa niat asal sudah beralih dan ada unsur untuk memburukkan tindakan kerajaan dengan penyebaran gambar berkenaan. Saya cari dimana salahnya mereka digari? Mereka jelas melanggar SOP ditetapkan. Kalau mereka tidak melakukan kesalahan, mereka tidak akan ditangkap dan digari.

Apa yang perlu diberikan perhatian dengan kejadian itu ialah kesalahan melanggar SOP. Itu yang pentingnya daripada cuba menimbulkan akan kekejaman kerajaan yang menggari mereka. Gari bukan sesuatu yang haram itu juga termasuk dalam prosuder dikenakan. Mereka bukan seorang atau dua, tetapi 49 orang. Sukar untuk kawal orang seramai itu kalau tidak digari?

Mungkin akan kata mereka bukan penjenayah, tetapi jemaah. Tetapi dari garis undang-undang mereka telah melakukan kesalahan.

Itulah kita kadang-kadang tidak memberi fokus kepada isu sebenar dan cuba mengeksploitasikan dengan apa yang kita ingini dan mengikut naluri kita sahaja tanpa melihat secara adil dan saksama. Trims.