JANGAN LAGI TERPEDAYA DENGAN JANJI MANISNYA


Anwar Ibrahim - Anwar bersalam dengan Mahathir di Mahkamah... | Facebook

Tun Mahathir blasted by Umno leaders for his Bersih 5 rally attendance


KAK IDA ABDULLAH


Ramai dah lupa bagaimana seorang tua berusia 93 tahun setiap malam berceramah, tunjuk dia insaf. Kita telah kagum dengan tenaga luar biasa yang kita salah tafsir sebagai ikhlas.

Berhujan berpanas menagih simpati mengguna usianya. Dia merintih "saya bukan boleh hidup lama, saya nak selamatkan negara kita dari perompak!" Lalu kita semua tersentuh, ada yang menangis kerana dia ingin bertaubat, sdgkan sekali pun tidak terbit dari bibirnya. Hanya pernah berkata, "saya minta maaf, saya buat salah pilih Najib. Saya terhutang budi kepada bapa dia!"

Lakonannya amat meyakinkan. Skrg rasa akibatnya? Kita juga akan terus tergoda dengan lakonan lemah lembut dan airmata mereka yg sarat dengan agenda. Kita bukan Nabi, tak ada ilmu kasyaf, tapi kita juga diingatkan apabila memberi kepercayaan janganlah 100% selain dari Allah.

Apakan daya emosi kita mudah disentuh, sehinggalah ia terjadi kepada kita, barulah pengalaman pahit menjadi guru yang

terbaik

. Sementara itu, janji-janji palsu akan terus ditabur, emosi kita akan terus dicatur, dikeliru sehingga tidak dapat membuat keputusan yang tepat hanya mengikut yang teramai, kerana takut tertinggal.

Yang mengikut Nabi s.a.w. tak ramai. Sungguh sedikit yang mensyukuri nikmat iman dan Islam sehingga terpaksa mengasingkan diri untuk terus berpaut dengan tali Allah.

Wallahu'alam.