LIHATLAH PADA TUBUH SI PENYAMPAI


May be an image of 2 people, people standing, people sitting and text that says "MUKTAMA DEWAN PEMUD PAS MALAYSIAK RENGGANU DARUL IM/ DUYONG MARINA &RESORT EMS Dewan Pemuda PAS Malaysia DPPM 14 September 2018 Kalu harini kita ahli gerakan Islam malas berusrah, tamrin, bermuktamar percayalah satu hari nanti bumi Palestin akan berundur satu langkah,. Kerana kamu sebagai sahabat mereka gagal bantu menguatkan semangat. Dr Nadir Al Nuri #Muktamardppm59 #terusMara"



MOHD MUKHLIS


Ada yang tag saya,eh Nadir An Nuri itukan ahli PAS, takkan awak boleh sokong dia?

Ini satu lagi masalah orang kita. Kita hendak melihat kebenaran sesuatu itu berdasarkan tubuh si penyampai, bukan apa mesej yang di sampaikan. Jika ini berlaku kita akan jadi taksub dan terpesong daripada kebenaran. Kadang-kadang Allah datang beri peringatan dengan nasihat dari pada orang yang kita tidak suka, tapi kita ignore sebab kebencian kita pada individu tersebut telah membutakan kita pada kebenaran.

Boleh jadi jika kita membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi jika kita suka sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kita, sebab itu kebenaran itu milik Allah SWT.

Sekalipun Nadir An Nuri itu ahli parti komunis, saya tetap akan sokong apa yang dia buat kerana dia boleh memberikan bukti-bukti yang jelas.

Dalam Al-Quran banyak ibrah dari kisah-kisah umat terdahulu yang telah diberikan bukti dan peringatan tetapi mereka mendustakan bukti tersebut kerana yang menyampaikan bukti tadi bukan dari golongan mereka.

Kalau kebenaran itu berpaksi pada tubuh pemimpin, berpaksi pada social status individu; maka putuslah dakwah nabi-nabi terdahulu kerana kebanyakan nabi adalah dari kalangan orang miskin dan tiada pangkat.

Kalau tidak, tidaklah Allah merakamkan bicara pengikut-pengikut yang taksub pada orang-orang yang zalim semasa di dunia, mereka ini semua nanti di akhirat meminta azab dua kali ganda untuk pemimpin yang menipu mereka semasa di dunia, sedangkan pemimpin tadi berlepas diri dengan apa yang mereka jamin di dunia.

Jadi kalau mereka yang kita sanjung mudah sahaja berlepas diri dengan apa yang mereka jamin di dunia, adakah mereka akan teguh menjamin perkara yang sama di akhirat?