Ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro.
#AWANInews #AWANIpagi
Ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro.
#AWANInews #AWANIpagi
Mohon kerajaan negeri untuk MEMBERI penjelasan tentang dakwaan Dari penduduk kampung BERKENAAN isu tanah 54 penerokaan Hutan
Hilmi Abdullah Dato’ Dr Izani Husin Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan Mohd Nassuruddin Haji Daud Mohd Nassuruddin Haji Daud.
Najib Bakar
Hari ini ada dua event penting untuk ekonomi negara.
Satu, pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park,
Dua, Sesi Townhall Dasar Gaji Progresif.
Selama berpuluh tahun Malaysia terlibat dalam industri semikonduktor yang menjadi salah satu eksport dan pendapatan penting negara.
Tapi dalam ekosistem industri semikonduktor, Malaysia cuma di back end manufacturing iaitu di segmen assembly, test, dan packaging.
Sekarang, dengan adanya sebuah IC Design Park, Malaysia cuba untuk masuk ke segmen architecture and design yang lebih bernilai tinggi.
Selama ni bab design dijuarai oleh US dan UK.
Maksudnya akan ada peluang Malaysia bersaing dalam segmen ini dan peluang pekerjaan bernilai tinggi akan dapat disediakan kepada rakyat Malaysia.
Ngam!
Event yang kedua, Dasar Gaji Progresif pula adalah sebuah dasar baharu yang diperkenalkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.
Secara asasnya, dasar ini mahu push market dan para majikan untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi dan progresif sepanjang karier kepada pekerja swasta.
Sekarang ianya dalam fasa projek rintis dengan sasaran 1,000 syarikat pertama.
Bila dah cukup data dan nampak pattern serta behaviour majikan serta pekerja, barulah peruntukan besar akan dikeluarkan Kerajaan untuk inisiatif ini dijalankan di seluruh sektor dalam negara.
Dua perkara besar yang berlaku hari ini akan menentukan masa depan ekonomi progresif Malaysia.
Doakan ianya berjalan lancar dan anak cucu kita akan dapat menuai hasilnya satu hari nanti.
A journey of a thousand miles begins with a single step.
Come on Malaysia! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani berkata, tiada siapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis.
Beliau menegaskan, Iran tidak bermaksud memburukkan lagi ketegangan di rantau itu yang semakin meningkat sejak perang Israel-Hamas meletus pada awal Oktober dan semakin meningkat sejak serangan di Tehran pada Rabu lalu.
Iran dan Hamas serta kumpulan bersenjata lain yang bersekutu dengan Tehran di Asia Barat berikrar untuk bertindak balas.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Desa HM.
Mnggu lepaih RM1000... Minggu ni ... RM5000...
Mnggu depan jgn2 RM60000...
Puak ni bukan buleh kira..
🤣🤣🤣🤣🤣
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4200/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 pada Isnin.
Tahun ini, ringgit mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan, meningkat 4.1 peratus berbanding dolar US, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Usai Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI di Bandar Sri Permaisuri, saya singgah di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri untuk melihat kawasan persekitaran dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung yang sedang menjamu sarapan pagi.
Persinggahan kira-kira 10 minit itu saya gunakan untuk melihat sendiri keadaan persekitaran dari segi kemudahan infra yang perlu ditambahbaik atau yang telah siap untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.
Antara yang dibangkitkan adalah penambahan atau keluasan kawasan parkir selain penghargaan kepada kerajaan di atas kemudahan bumbung baharu yang lebih selesa sekaligus menarik lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut.
Saya beri jaminan kerajaan akan terus berusaha mengindahkan pembangunan warung, gerai dan restoran agar lebih bersih dan berkualiti di setiap negeri dan bandar di seluruh negara, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.
#AWANInews #AWANIpagi
𝗠𝗘: (1) Ringgit naik bukan berbanding USD sahaja tapi banyak juga dengan matawang utama lain (2) Banyak matawang negara lain jatuh berbanding USD juga.
Jadi, sama2 kita jadi manusia bersyukur dalam masa sama berhati2 bila pasaran saham dunia tengah tak menentu yang mungkin jadi petunjuk sesuatu hal akan berlaku.
Tidur di taman 'berlantaikan' rumput sambil menyedut udara segar, barangkali lebih selesa buat atlet renang Itali, Thomas Ceccon berbanding tidur di atas katil.
Atlet Arab Saudi, Husein Alireza memuat naik video Ceccon yang tidur nyenyak beralas tuala putih di bawah pokok, Sabtu lalu.
"Tiada penyaman udara, panas, makanannya teruk. Ramai atlet berpindah atas sebab ini. Kami bukan sengaja beri alasan, tetapi ini realiti yang mungkin tidak semua orang tahu," ulas Ceccon sebelum ini tentang keadaan di Perkampungan Olimpik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jamzuri Ardani
Ini memalukan. Pegawai-pegawai kerajaan yg perangai mcm ni sepatutnya tak ada tempat dlm kerajaan madani.
Menteri KBS jgn lembik ... kasi ajar cukup-cukup 😡😡😡
MSO
Annuar Musa dedah penentuan calon PN di Nenggeri dibincang dan dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur. Pelik sikit ni bila Annuar jadi pengerusi badan perhubungan Pas Kelantan sampai soal calon pun dibincangkan di rumahnya?
Katanya orang Pas ke rumahnya dari Gua Musang. Hebat Annuar dapat jadi taukeh “sementar tula” setelah jadi mualaf.
Makanya orang Pas Kelantan kena beringat sikit dengan orang ini, mula dia dok depan rumah lepas tu naik atas tangga lepas tu ke dalam rumah pula. Sila hari bulan nya masuk cereboh ke dalam bilik tidur, bala. Sejarah atau gelagat Annuar masa dia jadi kepala halia Umno dahulu kena ingat.
Saya ingatkan kerana kenal dengan perangai dan behaviour individu ini dia boleh lakukan apa sahaja dan bersandiwara dengan apa saja watak. Orang Umno sudah masak dan faham benar dengan perangai Annuar sebab itu bila dia ajak keluar Umno tak ramai ikutnya.
Waspada kerana nak elok kononnya pisang tak berbuah dua kali nanti gok kita di masuk musang, parak. Dia ni ada pelan jangka panjang untuk kepentingan dirinya. Gemulah Tokguru pernah tolak dia hidup hidup. Trims.
15 tahun Hasina memerintah dan memiskinkan negara.
Berbillion USD pekerja Bangladesh hantar balik duit setiap tahun tapi duit entah ke mana.
Sekarang Hasina cabut lari keluar negara.
Tentu tentera akan ambil alih untuk elak pertempuran antara penyokong Hasina dan para pembangkang.
Sham Ghaz.
Jika parti Pas anjurkan dan buat benda sama di stadium PAS akan kerah habis semua lantikan politik, termasuk guru2 YIK dan staf di bawah Glc dan Kerajaan Negeri.
Malah budak sekolah pun mereka kerah
Jika dia cerdik, sepatutnya dia sendiri hadir Himpunan Solidariti Palestin selepas Ketua Biro Politik HAMAS di bunuh Israhell
Ahmad Mursi
"RM3.80 negara bankrupt..RM4.50 tak bankrupt"..
Kalau kau duduk di waktu tu, tengok ringgit drop sebanyak ni, macamana? Selepas tu ringgit bergerak mendatar...
Pemimpin pujaan walaun. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 dengan 𝗴𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 pun tak kenal. Mungkin sebab tu duit parti pun dia tak tahu beza dengan duit sendiri. Itu yang 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁i 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗔𝗦𝗕 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?
Raja Gelap II
Zamri Zainal Abidin
Ma syaa Allah. Teruk sangat dah ni. 😓
Hari itu kata tak ada jemputan untuk pimpinan parti pembangkang. Tak kena. Apabila Kerajaan meminta penjawat awam hadir ke perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Pal3stin3 pun tak kena juga. Ini perhimpunan membela Pal3stin3 kot? Bukan perhimpunan politik!
"YB ni kaba ko dok?"
Jamzuri Ardani
Kolej Matrikulasi Kok Lanas Kelantan sudah berminggu-minggu menghadapi masalah ketiadaan air.
Demi Isley!
Ada beberapa isu yang agak janggal di sini.
1) Dia ni pandai baca graf ke tak?
2) kalau tukaran 1 SGD = RM3.33 dengan 1SGD = RM3.5 yang mana lebih di sukai oleh Rakyat Malaysia yang dapat gaji dalam Ringgit? Contoh kalau barang harga 100 SGD nak import ke Malaysia, dia prefer bayar RM 333 atau RM350?
3) Dalam PAS ni tak ada yang cerdik ke?
Yang Baru Tubik
MMMS
Dah ketandusan hujah, walajib main benda ni pulak. Kesian tengok walajib. Ni bukan 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝘀𝗮𝗵 lagi dah ni. Tapi dah kira 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗷𝗶𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸.
Pertama sekali, matawang terkuat di Asia ni bukannya 𝘴𝘦𝘭𝘧 𝘱𝘳𝘰𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 macam 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 tanpa ada fakta yang menyokong.
Ini apa yang disebut oleh media antarabangsa. Bukan media macam 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗵 dan 𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻. Dan bukan juga macam kes PM dulu yang terpaksa bayar untuk dapatkan 𝘀𝗹𝗼𝘁 𝘁𝗲𝗺𝘂𝗯𝘂𝗮𝗹 di stesen tv antarabangsa.
Matawang terkuat di Asia ni bukan berdasarkan 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 sebaliknya merujuk kepada 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂𝘁 kesan kemerosotan nilai dollar.
Ketika ini, 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 negara-negara Asia 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵. Sedangkan ringgit mengukuh. Sebab itu ringgit dikatakan 𝗺𝗮𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗔𝘀𝗶𝗮 pada masa ini.
Kedua, ketika nilai tukaran RM3.80 dulu, bukan nilai tukaran itu yang membengkrupkan negara. Sebaliknya kerana 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 selain 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂. Hutang yang akhirnya jadi modal joli.
Bila pemimpin sakau, joli sakan duit negara sana sini, melancong seluruh dunia guna duit rakyat, kemudian siap 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗿𝘁𝗶𝘀 𝗛𝗼𝗹𝗹𝘆𝘄𝗼𝗼𝗱 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹-𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 juga guna duit rakyat, buat tabung kerajaan macam tabung khinzir (𝙥𝙞𝙜𝙜𝙮 𝙗𝙖𝙣𝙠) mak bapak dia, kalau tukaran wang RM1 = US$1 pun 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗸𝗿𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮 jadinya.
Faham setakat ni?
Itulah masalah walajib. Dan sebab tu dia masih kekal jadi walajib walaupun Najib tu 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Sebab benda paling asas pun dia tak boleh nak faham.
Sekarang ini, ringgit semakin mengukuh. Duit negara pula tak disakau, 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗷𝗼𝗹𝗶 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 PM, insyaAllah negara kita akan menuju kembali ke zaman kegemilangan seperti yang pernah kita kecapi sebelum 1998 dulu.
Walaun boleh terus memuja Najib. Boleh terus harap Najib bebas. Tak ada masalah. Nak temankan Najib dalam penjara pun ok. Kita akan meneruskan langkah menuju ke arah kecemerlangan. Tinggallah korang di situ. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Rakan Keadilan.
Dosa pembangkang terhadap perjuangan Palestin:-
1. Tidak menyahut jemputan pemerintah untuk hadir malahan tidak menghantar sebarang wakil
2. Menyeru rakyat untuk boikot perhimpunan solidariti Palestin
3. Memilih untuk sebar video TPM tersasul
Ini ajaran Islam PAS?
✍️ Ahmad Mursi
1. Tiada masalah jika kritik kerajaan, tetapi agak melampau bila ahli Parlimen pembangkang berkempen memboikot himpunan solidariti di Bukit Jalil semalam.
2. Ini pengkhianatan kepada perjuangan P@L3ST1N yang harapkan bantuan Malaysia sebagai kerajaan.
3. Tiada negara seberani Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas sepanjang perang terbaru ini.
4. Jika pembangkang tidak mahu hadir, senyap lebih baik. Tak perlu hasut rakyat tidak hadir kerana ini isu sejagat. Ini zahirkan kotornya hati pemimpin PN-PAS main politik.
5. Pembangkang pertikai ketegasan PMX berjuang isu P@L3ST1N sejak muda dan usaha kerajaan MADANI, tetapi sewaktu Kerajaan Tebok Atap dulu, mereka tidak lantang berjuang di peringkat antarabangsa.
6. Pembangkang hanya 'jaguh kampung' menyeleweng fakta dan sebarkan penipuan termasuk guna surat layang menyorok di belakang imuniti Parlimen.
7. Pernah nampak Haji Hadi atau Muhyiddin kritik kuasa besar secara berdepan seperti PMX? Hj Hadi: tanya lain jawab lain. Muhyiddin: tiada 'pdf', tiadalah ucapan.
8. Haji Hadi sebagai Duta khas Timur Tengah tiada impak selain ambil sikap berkecuali dalam isu Timur Tengah. Gaji dan pencen bertaraf menteri tetap berjalan.
9. Saya akui, ada satu dua isu dikritik pembangkang ketika ini, tetapi itu sudah dijelaskan berulang kali termasuk di Kamar Khas Parlimen.
10. Tak perlu buat seruan boikot. Tunjukkan rakyat Malaysia ini satu ketumbukan kuat membantu P@L3ST1N.
11. Jika kelompok yang dakwa diri 'terpaling Islam', ambil sikap 'tikam belakang' waktu kerajaan Madani bertegas isu P@L3ST1N dengan mengambil risiko, mungkin inilah punca kita masih gagal bebaskan P@L3ST1N kerana pengkhianatan ini masih berlaku di mana-mana.
First, kita kena faham bagaimana asas pasaran modal bergerak. Orang yang menggerakkan modal ni ialah pengurus dana.
So macam mana pengurus dana ni buat keputusan nak letakkan wang mereka di mana?
Faktor utama adalah resiko. So mereka nak letakkan wang mereka di tempat “paling untung” tapi pada masa yang sama “paling selamat”.
Mereka nak high risk, safest place. So mereka akan gerakkan modal mereka ke tempat yang mereka yakin untung tapi selamat.
Macam mana nak tentukan letak dimana? Jawabnya ialah pedictability and certainty. Uncertainty mencipta resiko. Certainty mengurangkan resiko.
Dalam keadaan di mana market is predictable and certain, resiko turun. Tapi dalam keadaan di mana market is unpredictable and uncertain, resiko tinggi.
Dalam keadaan market predictable, mereka akan lebih banyak allocate dana ke pasaran ekuiti. Pasaran ekuiti ada resiko yang lebih tinggi tapi return pun lebih tinggi.
Ingat ya high risk high return, low risk low return.
Tapi dalam keadaan market unpredictable, mereka akan pindahkan dana ke pasaran bon. Ini kerana pasaran bon mempunyai resiko yang lebih rendah (sebab dijamin oleh kerajaan) tapi pada masa yang sama pulangan pun kurang.
Jadi sekarang kita dah boleh cantumkan puzzle ni untuk jelaskan keadaan yang berlaku sekarang.
Pada first half 2024, market is predictable. Federal Reserve firm yang mereka akan kekalkan interest rates pada 5.5 peratus.
Jadi sebab market is predictable pengurus dana willing untuk take more risk, letakkan wang di pasaran ekuiti. Sebab tu dalam masa enam bulan yang lepas US stock market index dalam keadaan menaik.
Second half 2024, uncertainty mula berlaku. Inflasi menunjukkan penurunan. Ni masih okay lagi. Tapi pasaran kerja US menunjukkan tanda-tanda ekonomi US sedang melemah dan berpotensi bergerak ke arah kemelesetan.
Kadar pengangguran naik kepada 4.3 peratus pada Julai 2024. Pada Januari 2024 ia pada kadar 3.7 peratus. Ini adalah kadar tertinggi sejak 2021.
Penciptaan kerja baru pada bulan Julai 2024 hanya 114,000 iaitu lebih rendah dari jangkaan.
Sementara itu kadar inflasi turun lagi kepada 3 peratus pada Jun 2024.
Data-data ekonomi ini semua membawa uncertainty kepada pasaran. Ia juga membawa kemungkinan US mungkin akan masuk ke dalam kemelesetan jika Fed tak bertindak turunkan kadar faedah dengan pantas.
Bila uncertainty berlaku, pengurus dana mula pindahkan wang ke tempat yang lebih selamat iaitu bon. Ini membuatkan harga bon naik. Harga bon mempunyai hubungan negatif dengan yeild. Sebab itu bon yeild jatuh.
Ini membuatkan Wall Street jatuh. FBM KLCI memang secara tradisi akan track performance Wall Street. Bila Wall Street jatuh, FBM KLCI juga jatuh.
Sebab tu kita nampak FBM KLCI dan Wall Street mulai jatuh pada awal bulan ini. Kenapa? Sebab pada masa itulah data pekerjaan ini diumum. Pengurus dana bertindak dengan pantas untuk uruskan resiko dana mereka.
Tapi kenapa pula Ringgit naik? Kenapa tak jatuh seperti FBM KLCI?
Ingat tak saya tulis tadi predictability dan certainty akan hasilkan resiko rendah? Jom kita tengok apa yang terjadi pada Ringgit.
Kalau korang perasan sejak awal tahun BNM ada cakap inflation expected untuk Malaysia pada 2024 ialah antara 2.5 hingga 3.5 peratus. Apa maksud tersirat di sini?
Maksudnya, walau inflasi naik (akibat pelarasan susbidi) inflasi dijangka dalam keadaan terkawal. Bila inflasi terkawal, BNM akan kekalkan OPR pada 3 peratus hingga hujung 2024. So kerajaan bertanggungjawab untuk wujudkan strategi di mana inflasi ini tak naik lebih dari jangkaan.
Nampak tak ada elemen predictability dan certainty di sini. Clear policy path ni membuatkan resiko pengurus dana dalam keadaan yang lebih terkawal berbanding di negara yang mereka tak pasti.
Semakin hampir US turunkan kadar faedah mereka, bila BNM holds OPR steady, bermaksud pengurus dana tahu interest rates gap ini akan jadi rendah tak lama lagi.
So lebih baik mereka pegang Ringgit sekarang sebab bila Fed benar-benar turunkan kadar faedah mereka akan buat untung bila letakkan wang mereka di sini.
Keadaan akan terus jadi baik kepada Ringgit DENGAN SYARAT SELAGI US tak masuk ke dalam kemelesetan. Jika US masuk ke dalam kemelesetan, Ringgit juga akan jatuh sebab pengurus dana akan mula pindahkan wang beramai-ramai ke asset yang lebih selamat seperti bon US dan gold. Ini membuatkan mereka akan menjual Ringgit.
Tapi jika US berjaya elak dari kemelesetan dan Fed turunkan kadar faedah pada masa tepat, Ringgit akan terus mengalami pengukuhan.
Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku.
MSO
Selama lebih 40 jam berada di Kelantan, Jumaat dan Ahad, dalam rangka mengambil angin dan seronok sebab PM turun ke negeri itu, saya menemui beberapa maklumat politik yang belum terlatas ke Kuala Lumpur.
Sebenarnya bukan kerja saya untuk mencari apa-apa maklumat politik dalaman baik dalam kerajaan maupun parti yang sedang menguasai negeri itu.
Sejujurnya sejak kematian Tokguruku Nik Aziz saya tidak sekerap dahulu balik ke Kelantan, kerana kawan, sahabat, guru dan lawan politik saya sudah tiada. Kalau pun balik disebabkan ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Kalau balik nak menyiasat apa-apa gerakan politik tidak lagi.
Sebenarnya juga saya sudah tidak berminat lagi dengan politik Kelantan, tentang pergaduhan dan serang menyerang pembangkang dengan kerajaan. Baik yang jadi kerajaan dan jadi pembangkang adalah kekawan saya belaka.
Trend politik cuba dibawa oleh PM Anwar Ibrahim membina hubungan baik dan meredakan suhu politik Kelantan (Melayu sama Melayu), baik dan perlu disokong. Trend itu menjadikan saya tidak perlu gaduh sangat. Ketika ini saat untuk majukan Kelantan dan mengseimbangankan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Barat. Sepatutnya orang Kelantan mengambil kesempatan atas keberadaan Anwar kini.
Alhamdulilah hasrat itu nampaknya nyata dan akan menjadi kenyataan. Kalau pun ada sedikit gelora dan gerak politik di Kelantan apabila Pas menerima seorang mualaf tanpa meninjau dari mana keturunan dan asal usulnya, dan juga seakan tidak kaji apakah kesan kemunculan mualaf berkenaan. Orang Pas yang taksud dengan mualaf itu perlu tahu akan chemestry dia dengan Anwar Ibrahim dan dengan bekas bossnya, presiden Umno.
Bagi saya dia tidak seikhlas yang dipertuturkan melainkan mahu peralatkan Pas untuk dia mencapai tujuannya.
Biarlah, saya tidak nak ulas soal mualaf yang mahu jadi lebih Pas daripada orang Pas. Saya percaya akhirnya orang Pas akan mengerti dan sedar juga permainan "ular senduk dalam bakul" oleh mualaf itu.
Apa yang saya nak singgung jelang Maghrib ini ialah tentang khabar yang tidak berapa baik sedang berkumandang sekarang ini. Ia masih lagi belum melarat tetapi sudah dapat dihidu. Kota Darul Naim ada sedikit goncangan.
Apa yang saya maksud itu ialah ada gerakan hendak jatuhkan Nassaruddin Daud sebagai MB. Untuk petang ini saya tidak mahu gunakan konotasi "gerakan", tetapi ada rancangan "niat" ke arah itu.
Kenapa jadi begitu, Nassaruddin baru jadi MB belum ada apa-apa kesalahan pun kecuali salah cakap macam Zahid Hamidi lakukan semalam. Bagi saya tidak perlu ada niat ke arah itu, berikan peluang dan sokongan kepada beliau sepenuhnya.
Seperti saya katakan pendekatan politik yang diambil oleh MB itu dengan Kuala Lumpur sesuatu yang baik. Anwar juga nampak selesa dengan MB itu. Ini boleh disaksikan dalam pertemuan dan perjumpaan mereka.
Jadi, disini saya seru kepada kumpulan yang memasang niat untuk jatuhkan Nassaruddin itu. Tunggu dahulu, dan berfikir biar panjang sikit. Terimalah takdir yang terjadi dan jangan bersikap salahkan ibu yang mengadung. Tunggu cerita selanjutnya. Trims.
Dzolkarnain Abidin
Kita bukan mufti yang berfatwa. Bukan juga qadhi yang menghukum. Mufti ada jabatannya. Qadhi ada mahkamahnya. Mufti dan qadhi sendiri terikat dengan peraturan dalam berfatwa dan menjatuhkan hukum.
Jadi, apabila kita mengeluarkan sesuatu pandangan terhadap sesuatu perkara agama terhadap orang lain, keluarkanlah pandangan sebagai kawan atau saudara. Bukan sebagai mufti dan tak perlu jadi qadhi.
Jika kawan atau saudara kita berbuat silap, meskipun dalam urusan aqidah, usahlah sembrono memfatwakan dia sesat atau terkeluar Islam. Usahlah secara terus menghukum dia murtad, jadi kafir atau ahli neraka.
Cukuplah kita sebut perkara itu salah, tak sesuai, tak beretika, ganjil, tidak selari dengan agama atau tidak menepati syariah atau seumpamanya. Bahkan, seharusnya kita berjimat untuk berkata haram dan berdosa.
Tak perlulah pergi terlalu jauh. Itu haram, itu syirik, perbuatan itu murtad, dia sudah terkeluar Islam, kalau tak bertaubat dia masuk neraka, jika tak tarik balik dia mati kafir, atau dia bukan lagi Muslim.
Dia saudara kita atau kawan kita. Mungkin dia terlanjur, tersasul, dalam situasi terlalu teruja, atau sebarang kemungkinan lain yang kita tidak tahu. Kenapa kita tidak berfikir begitu?
Tak bolehkah kita menyimpan sedikit keghairahan untuk berfatwa atau keterujaan untuk menghukum itu? Tak bolehkah kita tidak terburu-buru?
Tak bolehkah kita berfikir, jika kita sendiri berada dalam situasi dia, kita juga akan berbuat perkara yang sama? Bukankah kita dan dia adalah manusia biasa. Sebagaimana dia tersilap, kita juga terdedah buat silap.
Nak berhujah, silakan. Tapi jadilah penghujah, bukan mufti atau qadhi. Hanya mereka yang berpemikiran Khawarij yang bermudah-mudah menghukum orang lain sesat atau terkeluar agama.
SIRI Ke-6 program YADIM Interaktif: Jelajah Seminar Kenegaraan Madani di Kedah telah berlangsung di Dewan Sekolah MenengahKebangsaan Khir Johari, Sungai Petani pada 5 Ogos.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah di akhir seminar. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda /Yan, Dr. Amir Mohd Nason.
Seramai 200 mahasiswa Tingkatan Enam daerah Kuala Muda telah dipandu oleh Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Zul Azri Mohd Sani sebagai panel pertama dan jurulatih Madani, Dr. Ahmad Safwan Mohamad selaku sebagai panel kedua.
Program anjuran bersama YADIM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah adalah salah satu medium pengenalan dan penerapan nilai-nilai Madani.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani
Solatlah
Solat jangan tinggal
Buatlah apa saja di dunia
Tapi solat jangan tinggal
Solatlah walau x khusyuk
Solatlah walau kita dlm proses tarbiah dan berubah
Solatlah walau kita masih sedar berbuat dosa
Solatlah walau kita terpaksa
Solatlah walau masih lompong di sana sini
X de masalah
Allah terima kita seadanya
Allah Maha Tahu betapa kita sedang berusaha melawan segalanya
Allah maha penilai terbaik
Allah satu-satunya yang terima kita seadanya ,..
Solatlah ... Solatlah ... Solatlah
Solatlah wahai sahabatku.
Projek Rintis Dasar Gaji Progresif sudah pun bermula dan pihak Kementerian telah mula menerima pendaftaran dan permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat.
Saya akan mengambil peluang untuk memaklumkan perkembangan terkini pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan rancangan seterusnya dalam satu sesi pertemuan Townhall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif bersama pemegang-pemegang taruh pada masa dan ketetapan berikut:
Hari: Selasa, 6 Ogos 2024
Masa: 2 petang
Tempat: Grand Ballroom, Level 1, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Center.
Sesi ini juga akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya.
Saya menjemput semua yang terlibat dan berminat untuk hadir bersama kerana pendaftaran projek rintis masih dibuka. Untuk mendaftarkan kehadiran atau untuk sertai projek rintis, sila ke pautan https://gajiprogresif.gov.my/
Nazri Hamdan.
Saya tak bersetuju dengan cadangan ni.
Kenapa? Sebab bangunkan sosial media bukan kerja kerajaan. Dont waste tax revenue untuk buat kerja yang bukan kerja kerajaan.
Bagilah company media sosial buat. Tu memang kerja diorang. Manakala kerajaan regulate.
Kerajaan just focus buat kerja kerajaan iaitu rangka polisi untuk perniagaan. Jangan nanti bila dah belanja bangunkan sosial media tak ada orang join. Dah jadi gajah putih.