Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali.
Berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos di Putrajaya, Anwar berkata perhimpunan tersebut adalah yang terakhir bagi Mohd Zuki.
Anwar berkata bermula hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Mohd Zuki telah secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.