MINTA DARI LEBAI PAS BAYAR RM100 JUTA! SEKARANG TUDUH ORANG BANKRAPKAN D...


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi sekali lagi tampil dengan stail sinisnya dalam mengulas isu semasa politik. Kali ini bagi menjawab kata-kata disebutkan Adun Rembia di Melaka, Muhammad Jailani Khamis, yang mendakwa Umno mahu melihat dia muflis dengan menuntut ganti rugi RM100 juta. Menafikan dakwaan tersebut, Mohd Puad sebaliknya berkata, tindakan Adun terbabitlah yang - yang digelarnya "tiada kelas" - boleh membuat dia mungkin menjadi bankrap nanti. "Adun Rembia mendakwa tuntutan Umno sebanyak RM100 juta bertujuan supaya dia menjadi muflis. Ini satu lagi YB yang tiada kelas. "Dialah yang memufliskan dirinya," katanya dalam kenyataan awal petang ini. Menurut Mohd Puad, apa yang berlaku ialah Jailani sendiri yang menandatangani akuan berkanun sebelum dicalonkan dalam pilihan raya negeri di Melaka pada 2021. Selepas itu, katanya, Jailani memilih untuk melompat parti. "Maka tanggunglah sendiri. Dia (Jailani) boleh tanya pula apa yang dia nak beri anaknya makan?" kata Mohd Puad lagi.