KENYATAAN MENGEJUTKAN MUFTI PERLIS! PEMBANGKANG BOIKOT HIMPUNAN PEMBEBASAN!



Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui, hanya kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang berani menganjurkan himpunan mengutuk secara terbuka negara haram Israel. Beliau yang dikenali dengan panggilan Dr Maza itu berkata, walau apa pun andaian dibuat pihak lain tentang Himpunan Pembebasan Palestin, kerajaan berani mengambil risikonya terutama risiko dari negara luar. “Kita hendaklah akui bahawa majlis seperti ini tidak buat setakat ini oleh mana-mana negara Arab, walaupun 5 peratus. “Hanya kepimpinan negara yang berani sahaja boleh menganjurkan acara seperti ini yang mengutuk secara terbuka negara haram yang dilaknat itu. “Acara dan kenyataan terbuka seperti ini boleh mengundang reaksi lobi yahudi di Timur dan Barat. Apapun andaian pihak lain, sama ada tujuan politik atau selainnya, risikonya tetap ada dan pihak kerajaan berani mengambilnya. “Kebaikannya juga besar untuk pembentukan pemikiran dan sikap rakyat kita,” katanya di Facebook malam tadi. Dr Maza antara individu dilihat hadir pada himpunan semalam menyertai ribuan lagi rakyat Malaysia bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin. Dr Maza percaya, kita mungkin boleh berbeza pandangan dengan kerajaan dalam hal-hal lain, tapi tidak dalam hal ini. Sokongan kepada YAB PMX dalam isu ini hendaklah diberikan supaya nada tegas dan bantahan ini jelas sampai ke seluruh dunia, katanya. “Tiada negara lain yang seberani ini dalam sikap terhadap isu Palestin. Alhamdulillah. “Kata seorang tokoh gerakan Islam di Jordan ketika menasihati saya semasa usia 20-an dahulu : “Niat pemimpin baik atau buruk terserah kepada diri mereka, namun kebaika





No comments: