Najib Bakar
Hari ini ada dua event penting untuk ekonomi negara.
Satu, pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park,
Dua, Sesi Townhall Dasar Gaji Progresif.
Selama berpuluh tahun Malaysia terlibat dalam industri semikonduktor yang menjadi salah satu eksport dan pendapatan penting negara.
Tapi dalam ekosistem industri semikonduktor, Malaysia cuma di back end manufacturing iaitu di segmen assembly, test, dan packaging.
Sekarang, dengan adanya sebuah IC Design Park, Malaysia cuba untuk masuk ke segmen architecture and design yang lebih bernilai tinggi.
Selama ni bab design dijuarai oleh US dan UK.
Maksudnya akan ada peluang Malaysia bersaing dalam segmen ini dan peluang pekerjaan bernilai tinggi akan dapat disediakan kepada rakyat Malaysia.
Ngam!
Event yang kedua, Dasar Gaji Progresif pula adalah sebuah dasar baharu yang diperkenalkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.
Secara asasnya, dasar ini mahu push market dan para majikan untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi dan progresif sepanjang karier kepada pekerja swasta.
Sekarang ianya dalam fasa projek rintis dengan sasaran 1,000 syarikat pertama.
Bila dah cukup data dan nampak pattern serta behaviour majikan serta pekerja, barulah peruntukan besar akan dikeluarkan Kerajaan untuk inisiatif ini dijalankan di seluruh sektor dalam negara.
Dua perkara besar yang berlaku hari ini akan menentukan masa depan ekonomi progresif Malaysia.
Doakan ianya berjalan lancar dan anak cucu kita akan dapat menuai hasilnya satu hari nanti.
A journey of a thousand miles begins with a single step.
Come on Malaysia! π²πΎπ²πΎπ²πΎ