SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN ICERD


 

AHLI TANYA HADI- APA DIA JAWAB MARI TONTON


 

BOLEHKAH ANWAR MENANG DI TAMBUN ? KITA TAK PERNAH BUAT KEPUTUSAN MAIN SONDOL


 

DUTA MAKAN GAJI BUTA


 

Dr M orang pertama demam, sebaik saya jadi PM, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim berang dengan Dr Mahathir Mohamad kerana mengulangi dakwaan PH mengadakan rundingan sulit dengan Umno.

PERAI: Anwar Ibrahim berang dengan Dr Mahathir Mohamad kerana menyatakan beliau tidak akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atas dakwaan gabungan itu membentuk pakatan dengan Umno.

Pengerusi PH itu berkata, dakwaan tidak benar mengenai kerjasama dengan Umno dibuat orang dalam Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Justeru, beliau menuntut pihak terbabit menunjukkan bukti rundingan itu pernah diadakan.

“Mahathir hari ini kata ‘bukan saya tak mahu sokong PH, tapi mereka bekerjasama dengan Zahid’. Beliau yang mintanya!” katanya dalam ceramah di Seberang Jaya malam tadi.

“Saya dah bersabar dengan Dr M…Sebaik saja saya jadi PM pada 20 haribulan (sehari selepas pengundian pada 19 Nov), orang pertama yang akan demam ialah Dr M. Tapi sudah tentu saya mendoakan kesihatan beliau.”

Perang mulut antara dua pemimpin itu timbul susulan spekulasi berhubung rundingan sulit antara Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membentuk kerajaan selepas PRU15. Tetapi, Anwar menafikan dakwaan itu.

Anwar mengulangi beliau tidak akan sesekali menyokong orang yang terbabit dalam rasuah, walaupun beliau akan hilang peluang menjadi perdana menteri.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berucap dalam ceramah itu yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

WALAUN KAPIRKAN ORANG- PEMIMPIN PEMBOHONG NAK LAKSANAKAN HUDUD- PEMBOHONG BAB TABUNG HAJI-PEMBOHONG RUU355- DAN BANYAK LAGI PEMBOHONG SAMPAI SEMBAHYANG DUA IMAM.

 

Tanya apa PAS buat untuk negara? Rara beritahu pengundi Pahang.



Young Syefura Othman berdepan saingan lima penjuru di Bentong. Antara pencabarnya merupakan bekas presiden MCA, Liow Tiong Lai dan bekas penyandang Parlimen Bentong Wong Tack, yang kini bertanding sebagai calon bebas.

PETALING JAYA: Pengundi patut mempersoalkan apa sumbangan telah dilakukan PAS walaupun parti itu membentuk pakatan pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN) tiga tahun lalu, kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Katanya, PAS sering menumpukan kepada isu sensitif sehingga membawa tuduhan masyarakat bahawa parti itu merupakan parti perkauman.

“Namun, orang muda berdepan isu lebih mendesak yang perlu diselesaikan seperti ekonomi, gaji rendah, pengangguran dan perumahan,” katanya.

Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara, berharap rakyat sedar bahawa PH mampu menawarkan lebih lagi dan akan melakukan segala upaya sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak dinafikan pengaruh PAS di Pahang dan saingan dijangka sengit apabila kini Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai PAS dan Bersatu bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Young Syefura berkata, Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sebenarnya menunggang parti sekutunya itu kerana Bersatu tidak mempunyai banyak sokongan.

Katanya, PH berhasrat memberi ingatan kepada pengundi berhubung Langkah Sheraton yang mana sekumpulan pimpinan PKR keluar parti sehingga mencetuskan keruntuhan kerajaan gabungan itu, pada 2020.

Antara mereka yang berpaling tadah adalah Saifuddin Abdullah, yang menyertai Bersatu dan bertanding mempertahankan kawasan Indera Mahkota.

“Saya harap rakyat mengingati perkara itu dan tidak perlu membazir masa dengan mereka,” katanya.

Berdepan bekas presiden MCA, Liow Tiong Lai, Young Syefura mengakui pertembungan itu sukar, namun mengalu-alukannya.

“Kawasan Bentong akan memutuskan buat diri mereka sendiri sama ada mahu Ahli Parlimen seperti Liow yang hanya muncul sekali lagi atau sekiranya mereka mahu wakil muda seperti saya yang sentiasa berada di Bentong.”

Young Syefura akan berdepan saingan lima penjuru di kawasan itu.

Selain Liow, beliau juga berdepan bekas penyandang Parlimen Bentong, Wong Tack, yang bertanding bebas, Roslan Hassan (PN) dan Achik Khalil (Bebas).

The Empire strikes back!

The Empire strikes back!

Dalam politik, banyak mesej cryptic. Smoke screen, red herring and white washing. Itu istilah propaganda dan taktik politik yang ada. Oleh Itu, kita kena sentiasa skeptikal. Jangan percaya terus saja.

Ini hint2 pengamat politik yang disampaikan kepada saya. Dialognya berbunyi:

“Oooo…. Hang buang semua orang aku ya! Sekarang aku tunjukkan antara PM dan Presiden, mana lebih berkuasa. Boleh je tangguh PRU, bagi kes hang jalan dulu”

MET Malaysia dah cakap awal2 dah dulu. Tak sesuai diadakan PRU sekarang. Tapi UMNO nak jugak PRUBanjir kan?

Sekarang, dalam parti dah bergaduh sakan, pengundi Melayu dah mula tak percaya, menang tak tentu lagi. PM tunjukkan kuasa dia. Dia boleh selamatkan parti. Angkatlah dia jadi Presiden nanti.

Kepada Presiden UMNO, hint diberi. Rupanya, tak reda lagi perang Kluster Mahkamah vs Kluster Menteri.

Itu gossip2 politik yang kuat didengari.

Kita yang rakyat melopong saja, mereka boleh buat apa saja. Tapi kena selalu ingat, di kotak undi kita punya kuasa paling besar.

The power in people is greater than the people in power. Tunjukkan lah kepada mereka!

Salam hormat,

 

 

LAGI ISU TH






MMMS

Saya telah membaca posting dari Rahim Bukit Tunggal dan saya sendiri jadi pening. Dia sebut pasal sepatutnya keuntungan TH separuh tahun 2022 lagi tinggi kalau tidak di tolak subsidi haji yang berjumlah RM302.88 juta.

Sebagai seorang yang berpegang pada data dan analitik, saya pergi cari di website Tabung Haji, saya exerpt quote dari TH sendiri yang kata ada pengurangan keuntungan

excerpt

"Setelah mengambil kira perbelanjaan termasuk peruntukan zakat, TH mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.03 bilion dalam tempoh enam bulan pertama sehingga 30 Jun 2022, berbanding RM1.22 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

PENURUNAN KEUNTUNGAN adalah setelah mengambil kira perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji yang diberikan kepada jemaah haji bagi musim 1443H/2022M. Kos Haji bagi musim 1443H/2022M adalah RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding anggaran awal sebanyak RM25,540 bagi setiap jemaah, manakala Kos Haji bagi musim 1440H/2019M adalah sebanyak RM22,900 seorang. TH tidak menghantar jemaah dari Malaysia pada tahun 2020 dan 2021."

Siapa yang tak percaya boleh proofread sendiri di bawah:

https://www.tabunghaji.gov.my/.../th-catat-pendapatan...

Rahim kata quote "Tahun ini, perbelanjaan Tabung Haji meningkat sebanyak RM302.88 juta disebabkan pemberian subsidi dan menanggung kos operasi jemaah haji."

Saya tak jumpa part RM302.88 pada tahun 2022, yang saya nampak

Perbelanjaan

Jun 2021 302,884Juta

Jun 2022 437,299Juta

Bantuan Kewangan Haji @ Subsidi Jun 2022 adalah 123,336 Juta.

Jika Tahun Jun 2022 tak ada subsidi 437,299Juta - 123,336 Juta, maka perbelanjaan TH tanpa subsidi pada Jun 2022 baru 313,393 Juta.

Tapi jika keuntungan Jun 2022 tak termasuk subsidi haji 123,336 juta akan jadi 1,156,729 juta yang mana masih lagi rendah dari 1,221,381 juta pada Jun 2021.

Jadi pusing kut mana pun, tetap separuh tahun 2022 lebih rendah dari separuh tahun 2021.

Jadi bila hendak menulis apa-apa pun, bertakwalah pada Allah, Allah melihat apa yang kita tulis dan cakap.

MMMS

https://www.facebook.com/abdulrahimhilmi.zakariya/posts/6089535004429805

 

JARANG SANGAT KALAU ANWAR SAMAN TAK LEKAT...DAH BANYAK KALI DAH DIA NI KENA SAMAN-ARWAH PAPAGOMO DULU DEKAT 1 JUTA....

 

DS Anwar Ibrahim , ini ada peluang buat duit ni. Lebai ni jenis lidah tak bayar insurans. Kena saman cepat. Kalau dapat dia merayu mintak maaf waktu kempen ni, besar faedah PH boleh dapat.

Lepas tu dia sebut lagi DAP komunis. Anthony Loke Siew Fook boleh saman juga. Sedap kalau ramai ramai saman dia. Dapat duit boleh buat meraikan petugas lepas PRU nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 



Zaman Tun Mahathir sudah berakhir BERSARALAH RAKYAT TAHU JAGA DIRI SENDIRI






NORMAN RADZUAN

Zaman Tun Mahathir sudah berakhir

BERSARALAH RAKYAT TAHU JAGA DIRI SENDIRI

Adalah sgt malang ketika rakyat dan Anwar mengampuni atas dosa2 silamnya, Tun mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat. Ketika itu Anwar terima Tun dan beri kepercayaan kpd beliau menerajui negara seketika.

Sepatutnya Tun menjadi negarawan tetapi kini tiada siapa pedulikan Tun. Dari pemimpin2 hingga ke rakyat.

Tun ingin bekerjasama dgn Anwar… Anwar tolak, mahu bekerjasama dgn Muhyiddin…. Muhyiddin tolak. Tiada siapa percayakan Tun lagi.

Dulu bila Anwar beri peluang pelbagai alasan Tun tak mahu serahkan kuasa kpd Anwar. Nak tunggu Apec la seolah olah Anwar tak pandai menguruskan persidangan tersebut. Itu semua alasan Tun yg mungkir pada janji.

Pernah dgr cerita gembala kambing? Seorang gembala kambing menjerit meminta tolong kononnya ada serigala ingin menyerang kambing peliharaannya. Bila org kampung dtg membantu dia ketawakan.

Dilakukan berulang kali menipu org kampung. Suatu hari apabila serigala betul2 menyerang kambing2nya dan gembala ini meminta tolong, tiada siapa pedulikan kerana sudah tidak mempercayainya lagi.

Sayang peluang kali kedua yg Tuhan berikan kpd Tun tidak digunakan di penghujung usianya. Apa lagi yg Tun mahukan? Nak jadi PM dah berpuluh tahun dah. Anak pun dah kaya raya. KLCC semua org tahu legasi Tun. Kemewahan dah dirasai… nikmat apa lagi yg Tun mahukan di usia 97 tahun ini?

Sudah2 lah Tun. Rakyat Malaysia tahu menjaga diri dan tahu utk meletakkan di mana negara ini di mana. Dont overstay Tun… semakin lama semakin org menyampah.

Tun kata sanggup jilat ludah sendiri utk bekerjasama buat kali ketiga dgn Anwar. Bila Anwar tolak kerana rakyat menolak… Tun fitnah pula kata Anwar akn kerjasama dgn Zahid. Baru sahaja nak berbaik kemudian fitnah kembali…. Tun Tun Tun.

Sebenarnya saya sedih bila diakhir usia Tun rakyat tidak percaya dan benci dgn sikap Tun. Bila rakyat tak mahu hadir majlis Tun maknanya rakyat mahu Tun berehat bermain dgn anak cucu dan beramal. Bukan sibuk lagi dgn urusan dunia yg tidak akn selesai.

Dulu Tun kata nak jatuhkan Najib… skg dgn kuasa rakyat Najib dah duduk dlm Penjara Janji. Apa lagi Tun nak? Nak halang Anwar sb itu Tun bertanding boleh naik atas stage berkempen utk menghentam Anwar?

Cukup2 lah Tun…jika Tun tak mahu bersara, rakyat akn bersarakan Tun pada PRU15 ini. Kdg2 malu saya standard Tun bekerjasama dgn Ibrahim Ali. Tun Tun…apapun saya doakan Tun diberikan kesihatan yg baik.

 

 

JAHAT LAGI UMNO/BN/PN




 

SAFT TAMBUN

 

SAFT TAMBUN

Part 1

1. Saya pengundi Parlimen Tambun sejak PRU11. Dari mula lagi boleh mengundi, saya pangkah BN. Namun pada PRU14 saya tukar ke PH kerana skandal 1MDB. Sememangnya terbukti ia bukanlah fitnah, kerana Merpati sudah di penjara. 9 hakim bersetuju dia bersalah.

2. Saya bagi undi saya kepada calon Bersatu. Faizal Azumu. Orang muda belia, grad oversea pula. Cakap pun boleh tahan. Confident and made sense. Maka menanglah dia. Lagi saya bangga, MP saya diangkat jadi Menteri Besar pula.

3. Ku sangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pelbagai skandal melanda dia. Dari tipu sijil konon dapat ijazah dari luar negara. Hinggalah isu skandal lelong tanah. Pening kita dengar.

4. Isu tak iktiraf hak orang asli, sampai langgar tanah adat mereka. Isu jual tanah lapangan terbang dan ladang kelapa sawit terbesar. Semua bawah kepimpinannya. Perak makin merudum ekonominya.

5. Data TERAJU pada tahun 2021 menunjukkan Perak merupakan negeri kedua dalam Malaysia yang punyai paling banyak masyarakat Melayu B40, selepas Kelantan. Sungguh memalukan. Pelaburan asing di negeri Perak juga merudum dari sebelum ini. Banyak lari ke negeri lain. Ia merudum sejak 10 tahun kebelakangan ini. Dan DS Peja tak baiki semula.

6. Makanya, saya kira itu sebabnya dia dijatuhkan sebagai Menteri Besar. Bukan saja oleh pihak lawan, malah rakan kolisi. Orang UMNO dan DAP tumbangkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.

7. Lepas jatuh jadi MB, dia naik jadi Menteri. Terpalit pulak dengan isu masa tengah Covid dia pergi buat iklan mee kari. Langsung tiada empathy. Lepas naik jadi Menteri Belia dan Sukan pula, dia pergi salahkan penyokong bola Malaysia. Bila kita kalah bola Piala Asia.

8. Makanya, pada saya, saya tak nampak apa jasa dia. Asyik buat salah saja. Bila saya pulang ke Tambun, sekali sebulan, saya tak nampak perubahan. Bila tanya kepada ibu bapa dan sedara mara, ramai yang menyampah. Tak nampak pula kerja dia. Datang menjenguk hanya bila nak dekat pilihanraya.

9. Satu yang saya belajar. Lepas ni saya kena tapis dulu calon yang saya nak pangkah. Dulu kita pangkah pakai parti, sekarang kena pangkah calon berkualiti. Mana tahu jadi Menteri, dia jadi Menteri yang baik. Yang bijak dan pandai kemudi negara. Bukan apple polisher sahaja.

10. Lagi satu yang saya sedar, MP yang menipu kelayakan ini kita patut tolak awal2. Tiada SIDDIQ, kerana tak bercakap benar. Tiada AMANAH dan FATHONAH (cerdik) jauh sekali. TABLIGH nya tak ditepati, sampai tak langsung deliver lagi. 4 tahun ini sudah terbukti.

11. Makanya, undi saya TIDAK untuk DS Peja kali ini. Mungkin tidak akan lagi diberi. Kesesalan saya kerana mengundi parti. Lepas ini saya nak pangkah calon berkualiti.

12. Pengundi Tambun ada 3 pilihan lain. Saya kupas lain kali. Yang pasti, jangan undi berdasarkan parti. Kalau calonnya tidak cukup SAFT, confirm tak boleh deliver nanti.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



Shahidan suruh Zahid cermin diri, patut dipecat daripada UMNO


 

Veteran politik Datuk Seri Shahidan Kassim menyuruh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cermin diri sendiri.

 

Veteran politik dalam UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim berkata parti itu sepatutnya mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengkhianati keputusan ‘Top 5’ dalam pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas keputusan UMNO untuk memecatnya Shahidan berkata Zahid tidak perlu memberi amaran kepadanya sebaliknya beliau yang perlu ‘cermin’ dirinya sendiri dan bertanya adakah beliau ikhlas dalam memperjuangkan parti.

“Sewajarnya Presiden UMNO yang dipecat kerana dirinya sendiri yang buat khianat disebabkan tidak ikut keputusan Top 5.

“Apa hebatnya dia (Zahid) dan kita takut parti ini (UMNO) memberi perlindungan kepada perasuah seperti dia berdasarkan apa yang dia beritahu dalam perhimpunan MIC baru-baru ini.

“Dia menyatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO, MCA dan MIC perlu beri kemenangan kepada BN kerana mereka semua akan dihadapkan ke mahkamah atas kes rasuah yang mereka dijangka hadapi,” kata Shahidan.

Mengulas lanjut, Shahidan yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Arau pada PRU-15 ini atas tiket Perikatan Nasional (PN) berkata beliau berasa pelik melihat tidak banyak calon BN yang secara naratifnya memperakukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri BN.

“Semua parti termasuk PN, Pakatan Harapan (PH) sudah menyatakan calon Perdana Menteri masing-masing seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun puak (BN) ini bagaikan senyap dan tidak berani untuk menyatakan pendirian mereka,” katanya menurut Harian Metro.

Menurut Shahidan beliau tidak peduli sekiranya dipecat daripada UMNO.

Katanya beliau sedang giat menjalankan gerakan bagi memartabatkan perpaduan ummah menerusi undi UMNO, PAS dan Bersatu di Parlimen Arau dan negeri Perlis.

“Kempen berjalan dengan lancar dan sebagaimana saya sudah sebutkan bahawa Insya-Allah gerakan untuk memartabatkan perpaduan ummah menerusi UMNO, PAS dan Bersatu duduk di bawah satu bumbung sedang diusahakan.

“Insya-Allah kita akan mula gerakan di Arau di mana orang UMNO, PAS dan Bersatu akan sokong saya dan ini akan menampakkan bahawa jumlah yang kita dapat nanti bahawa orang mahu kepada perpaduan ummah di Arau,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi tersebut berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui melakukan kempen secara santai bertemu pengundi di Kampung Mengkuang Layar, Tambun Tulang, di Arau, hari ini.

Dalam PRU kali ini, Shahidan berhadapan dengan cabaran daripada calon Barisan Nasional Datuk Rozabil Abd Rahman dan calon muda PH, Fatin Amelina Fazlie bagi kerusi Parlimen Arau.

 

Rafizi jangka PH sapu 11 kerusi di KL, 19 di Selangor, Negeri Sembilan


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan PH mampu memenangi 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 19 di Selangor dan berpotensi meraih 13 hingga 15 kerusi di Johor pada PRU15. Menurutnya selain Negeri Sembilan, data dari syarikat tinjauan awamnya Invoke Malaysia menunjukkan PH mampu mempertahankan kerusi-kerusi di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Saifuddin Nasution: Ceramah Kelompok Di Kulim, Kedah 05/11/2022

PASTIKAN PRU15 HUMBAN PENGKHIANAT DAN KLEPTOKRAT



Ini tidak dapat dinafikan apabila Pakatan Harapan memperuntukkan RM810 juta untuk memulihkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan [FELDA], yang penerokanya majoriti adalah Melayu. Peruntukan kepada Pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa Datuk Seri Dr Mujahid menjadi menterinya, telah naik kepada RM1.3 bilion.

HAIYYAAAA...BO CIAK BO POI- JUMPA BOMO JUGA KA DIA NI


 

KISAH PERDEBATAN WALAUN TENTANG TABUNG HAJI





Moving the goal post. Tadi confiden kata 302 juta subsidi haji. Lepas tu boleh kata tersilap pula.

Tapi tapi tapi dalam statement tulis 437 juta untuk perbelanjaan 1st half 2022. Yang 302 juta tu 2021. So part mana 302 juta dalam tahun 2022?

"Jumlah keuntungan TH bagi 1H 2022 sebenarnya lebih sedikit berbanding keuntungan 1H 2021"

thanks captain obvious, jadi mengaku pun yang dah silap.

Bukan awak ke yang dengan yakin kata 1st half 2022 lagi tinggi?

Mula2 dia yang cerita bab 1st half kewangan. bila nampak tak boleh nak konar, dia pergi pula pada point kena tengok full financial year pula. Petik accrued accounting pula.

Macam lawan bola mula2 setuju 45 min sahaja, bila nampak tak boleh nak menang, pergi extend pula ke 90 minit.

Lepas tu main strawman fallacy, nak petik bab UJSB pula.

UJSB ini korang settlekan lah, kata hebat memerintah. Buat apa nak salah yang 22 bulan, yang 31 bulan tu korang buat apa? Ke 22 lagi besar dari 31?

Jem jem palo memikir

Kalau buat tubik RCI kan senang, tak payah nak berdebat di facebook

 MMMS

KISAH SEORANG CALON YANG YANG DIKATAKAN PUNYA IJAZAH KEDOKTORAN









Ini Ijazah yang disebar luas. Dikatakan kepunyaan “doktor” tersebut. Saya juga dengar Press Conference dia semalam. Didepan balai polis.

Bila ditanya reporter, boleh tunjuk sijil Ijazah beliau, beliau kata, tak perlu. Ada pada lawyer.

Makanya kita tak tahu la betul ke Ijazah viral ni Ijazah dia. Cytro UMNO dah buat kerja tempek2 merata.

Saya rasa lebih afdal dia tunjuk je lah Ijazah yang ada. Apa yang nak malu?

Ini yang saya dapat sijil Ori Uni Gadjah Mada dan datanya dalam KPT. Orang Indonesia. Jauh beza benar dari yang disebarkan. Mungkin dah berbeza format?

Makanya, kalau kita ditayangkan dengan kelaku sebegini, kita nak penjelasan saja. Senang cerita.

Apa yang susah sangat? Awak tu nak jadi Wakil Rakyat. Kalau benda macam ni dok ugut rakyat, mendatang lagi teruk dikritik bertingkat2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

“SAYA MASIH POSTER BOY, CALON PM” – ISMAIL SABRI

 

“SAYA masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung Umno 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada April lepas.

“Setakat ini tidak ada keputusan daripada MT Umno yang mengatakan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daraipada 190 Bahagian Umno membuat usul mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.

“Perkara (keputusan sebagai calon Perdana Menteri) itu tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas hadir di pusat penamaan calon bagi Parlimen Bera di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera hari ini. 

Naib Presiden Umno itu turut menafikan wujud surat akuan bersumpah bagi memilih calon Perdana Menteri selain beliau selepas pilihan raya, yang didakwa perlu ditandatangani setiap calon daripada Umno, seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas. 

Sebaliknya Ismail Sabri berkata surat yang ditandatangi calon yang terpilih untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini adalah untuk memastikan tiada yang bertindak melompat parti selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang berkuat kuasa 5 Okobert lepas.

“Kalau dulu, surat itu adalah seperti surat peletakan jawatan kita sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Adun kalau kita melompat parti lain. Itu dulu, tapi sekarang sejak ada akta anti lompat parti, kita punya SD (surat akuan bersumpah) adalah berdasarkan akta itu,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi wujud kerjasama atau pakatan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim PRU15 untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, Ismail Sabri secara ringkas berkata:

“Saya tak pasti… kita tak dengarlah perkara itu… spekulasi (timbul) macam-macam,” katanya. – Bernama, 5 November, 2022.


BIJAK SANGAT KAH DIA NI






Ada member mintak saya check mengenai calon fofular Isham Jalil. Room mate saya suka dengar apa dia cakap. Made sense and smart. Except bila dia taksub pada Merpati. And hentam mahkamah bagai. Yang tu kami angkat kening. Dengar pun pening.

Ada yang DM mintak saya semakkan, macam mana dia buat MBA satu tahun dengan 2 Ivy Leagues. Macam tipu je.

Saya teringat dulu masa belajar, saya ada kenal seorang Fulbright scholar. Memang ada course dual MBA Harvard-Wharton. Dia pun ambil sama. So saya semak la and google. Memang ada.

Jadi, we have to call spade a spade. Setakat ni dia clear. We can give him a benefit of the doubt. Makanya, selamat maju jaya.

Saya ABU ini penggal. Kalau PRU16 UMNO dah bersih dari Kluster Mahkamah dan mereka kembali pulih, kita boleh consider semula.

Loyalty to our country always!

Loyalty to political parties or leaders, only when they deserve it!

~LM~

 

PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR

 PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKAR



KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ


1. Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu?


Tahun 2013:



▪️Kempen PRU13: PAS kempen TGNA akan tetap jadi MB Kelantan, kami dari ROYALTI kempen all out bantu.


▪️5 Mei 2013 Pas menang Kelantan, malam itu saya berada di Pjbt Pas Kelantan, lihat berberapa kelompok individu (masih ingat lagi siapa) naik tergesa gesa kerana katanya ada mtg Khas (Nak tukar TGNA supaya tidak jadi MB).


▪️ 6 Mei 2013 Hadi keluar watikah lantik Ahmad Yaakob jadi MB dan angkat sumpah tergesa gesa di Istana.


Hari yang sama saya bersama arwah TGNA di Hospital USM Kubang Kerian di wad lihat beliau kesedihan.


Haritu juga saya kata Pas (Hadi) tak boleh pakai. Khianat (TG Nik Aziz) semata mata nak UG dengan UMNO. Arwah TGNA lah batu penghalang utama usaha mereka.


Pagi itu arwah TGNA tengah siap-siap pakai baju untuk angkat sumpah MB, dengan anggapan beliau masih lagi MB.


Bila dapat tahu Ahmad Yaakob jadi MB. terus beliau ke USM di bawa oleh? Teka.


Nik Abduh ‘diperkudakan’ oleh Team Hadi, untuk menjatuhkan Ayahnya sendiri bagi menghalalkan Agenda UG PAS – UMNO.


Yang akhirnya jadi Muafakat Nasional. PAS beri talian hayat kepada UMNO (yang arwah TGNA tentang sejak lama).


Bila UMNO berkuasa, kini menjadi PM. PAS ditendang balik. Terpinggir tiada teman, Pas Hadi pergi peluk Mahiaddin.


Habis madu sepah dibuang.


Beza benar cara kerja PAS HADI dan PAS NIK AZIZ.


Pas Nik Aziz disukai semua kaum dan semua kelompok Masyarakat samada lawan dan kawan.


Pas Hadi sebaliknya.


Orang Pas banyak tak tahu peristiwa ini, banyak jadi Pak Turut sahaja.


Jika mereka tahu hal sebenarnya, PAS akan pecah hancur.


Kita nanti tengok adakah Nik Abduh akan kena tulah dari kata kata arwah Ayahandanya?


Jika beliau Insaf, elok Nik Abduh mengaku kesalahannya dan dedahkan apa perkara yang berlaku sebenarnya.


Dedahkan Watikah dari Hadi lantik Ahmad Yaakob sabotaj arwah Tok Guru Nik Aziz.


Kita semua tahu Nik Abduh team up dengan Khairuddin Takiri, Nik Zawawi, Tontowi dan berberapa lagi.


Al Fatihah untuk arwah TG Nik Aziz.



Anwar Ibrahim: Ucapan Majlis Makan Malam Chemor, Perak

GEMPAR TERKINI🔥 RAFIZI KONGSIKAN DATA TERKINI YANG MENGEJUTKAN UMNO ?

UNDILAH PH DEMI KESTABILAN




Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :

Untuk yang terfikir nak mengundi PN

Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.




Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan politik' tidak dipenuhi.

Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.



Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan kerajaan pusat tak dapat dibentuk:

1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.

2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.

Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi), PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi, dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.




Maksudnya, trend 3 penjuru tak akan lari jauh dan tidak ada satu parti yang boleh dapat majoriti mudah (kecuali ada 'tipping point' pada saat akhir).

Kenapa mustahil untuk BN dan PN bergabung dengan PH?

1. Umno tengah bergelumang dengan kes-kes rasuah dan jenayah. Dulu 15 MP Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin sebab kes Najib, kali ini Umno desak bubar Parlimen sebab kes Zahid. Buktinya sudah terzahir bila Zahid cantas semua orang kuat Ismail Sabri dalam senarai calon dan akujanji calon Umno tersebar (dinafikan oleh Umno): Kena beri mandat kepada Zahid untuk jadi PM. PH tak mungkin pukul biawak hidup.

2. Pergolakan dua kem dalam Umno antara Presiden Zahid dan PM Ismail Sabri. Yang paling parah nanti ialah semasa pemilihan Umno lepas PRU sebab semua orang Umno tengah panas dengan Zahid. Parti tak stabil akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan. PH tak mungkin pikul biawak hidup.





3. PN pula adalah tong separuh masak tempat pengkhianat PH mencari pelampung. Muhyiddin kemungkinan besar akan kalah di kerusi Pagoh (dan akan bersara lepas PRU), Peja pun tenggelam di Tambun, Azmin dan pengkhianat PKR/PH cuma mengharapkan ihsan penyokong Pas. Mati hidup balik PH tak akan bagi muka kepada PN.

4. Pas sudah bakar jambatan dengan PH.



Selain itu, pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) iaitu undang-undang larangan MP lompat parti sudah digazet. Status MP akan gugur kalau keluar parti dan jadi bebas, atau MP Bebas join mana-mana parti. Kerajaan hanya boleh dibentuk secara gabungan blok. Walaupun ada kebarangkalian untuk blok-blok parti re-shuffle (macam Bersatu keluar PH), tapi sekurang-kurangnya katak-katak politik ini tak boleh dibeli sekor-sekor, kena beli satu reban terus. Undang-undang baru ini menguatkan lagi hujah yang PH tidak mungkin bergabung dengan BN/Umno atau PN/Pas.

Kemungkinan paling besar untuk terjadi jika merujuk kepada pasca Langkah Sheraton, adalah Bersatu, Pas, dan Umno terpaksa telan balik ludah masing-masing dan bergabung untuk bentuk kerajaan. Kita akan kembali kepada status quo Langkah Sheraton dan BN-PN akan berpegang kepada core interest yang sama iaitu takut PH berkuasa, Anwar jadi PM, dan kes sumbang, rasuah, dan jenayah dalam poket masing-masing terburai.





Belum sempat PRU lagi semua ini telah terbukti. Sehari sebelum penamaan calon, BN PN dan Pas saling kutip-mengutip calon-calon yang dibuang parti sendiri. Ini adalah hakikat bahawa BN PN Umno Bersatu dan Pas ini semuanya duduk dalam tong yang sama.

Jika ini berlaku, negara sekali lagi akan buang masa selama 5 tahun untuk melayan karenah BN PN ini, seperti yang terjadi lepas Langkah Sheraton sampai tukar 2 orang PM dalam masa 30 bulan.

Rakyat Malaysia wajib ambil pengajaran:

1. Sampai mampos kerajaan tak akan stabil sebab masing-masing ada tuntutan politik. Nak buang kes, nak jawatan menteri, nak sakau projek, nak berebut jawatan PM. Akan ada ugutan nak tarik sokongan PM kalau tak penuhi tuntutan masing-masing.

2. Semasa nak membentuk kerajaan, semua parti akan jadi pak sanggup asalkan dapat kuasa dahulu, kemudian tuntutan parti masing-masing akan menjahanamkan negara untuk jangka masa panjang.

3. PM dan menteri-menteri akan buat kepala sendiri, duduk dalam satu kabinet tapi hala tuju nak bangunkan negara tak sama sebab takut parti lain dapat markah lebih. Tak akan ada tanggungjawab bersama (collective responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.

4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.

5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3 jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.

6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.

7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana. Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi, konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid. Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.

8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben, rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.

Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan generasi anak-anak jadi lebih baik.

Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).

Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.