Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :
Untuk yang terfikir nak mengundi PN
Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi
dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat
majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario
kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.
Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya
Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan
politik' tidak dipenuhi.
Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu
sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.
Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan
kerajaan pusat tak dapat dibentuk:
1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah
dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.
2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali
berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.
Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa
parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang
tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi),
PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi,
dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.
Maksudnya, trend 3 penjuru tak akan lari jauh dan tidak ada satu
parti yang boleh dapat majoriti mudah (kecuali ada 'tipping point' pada saat
akhir).
Kenapa mustahil untuk BN dan PN bergabung dengan PH?
1. Umno tengah bergelumang dengan kes-kes rasuah dan jenayah.
Dulu 15 MP Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin sebab kes Najib, kali ini Umno
desak bubar Parlimen sebab kes Zahid. Buktinya sudah terzahir bila Zahid cantas
semua orang kuat Ismail Sabri dalam senarai calon dan akujanji calon Umno
tersebar (dinafikan oleh Umno): Kena beri mandat kepada Zahid untuk jadi PM. PH
tak mungkin pukul biawak hidup.
2. Pergolakan dua kem dalam Umno antara Presiden Zahid dan PM
Ismail Sabri. Yang paling parah nanti ialah semasa pemilihan Umno lepas PRU
sebab semua orang Umno tengah panas dengan Zahid. Parti tak stabil akan beri
kesan kepada kestabilan kerajaan. PH tak mungkin pikul biawak hidup.
3. PN pula adalah tong separuh masak tempat pengkhianat PH
mencari pelampung. Muhyiddin kemungkinan besar akan kalah di kerusi Pagoh (dan
akan bersara lepas PRU), Peja pun tenggelam di Tambun, Azmin dan pengkhianat
PKR/PH cuma mengharapkan ihsan penyokong Pas. Mati hidup balik PH tak akan bagi
muka kepada PN.
4. Pas sudah bakar jambatan dengan PH.
Selain itu, pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) iaitu
undang-undang larangan MP lompat parti sudah digazet. Status MP akan gugur
kalau keluar parti dan jadi bebas, atau MP Bebas join mana-mana parti. Kerajaan
hanya boleh dibentuk secara gabungan blok. Walaupun ada kebarangkalian untuk
blok-blok parti re-shuffle (macam Bersatu keluar PH), tapi sekurang-kurangnya
katak-katak politik ini tak boleh dibeli sekor-sekor, kena beli satu reban
terus. Undang-undang baru ini menguatkan lagi hujah yang PH tidak mungkin
bergabung dengan BN/Umno atau PN/Pas.
Kemungkinan paling besar untuk terjadi jika merujuk kepada pasca
Langkah Sheraton, adalah Bersatu, Pas, dan Umno terpaksa telan balik ludah
masing-masing dan bergabung untuk bentuk kerajaan. Kita akan kembali kepada
status quo Langkah Sheraton dan BN-PN akan berpegang kepada core interest yang
sama iaitu takut PH berkuasa, Anwar jadi PM, dan kes sumbang, rasuah, dan
jenayah dalam poket masing-masing terburai.
Belum sempat PRU lagi semua ini telah terbukti. Sehari sebelum
penamaan calon, BN PN dan Pas saling kutip-mengutip calon-calon yang dibuang
parti sendiri. Ini adalah hakikat bahawa BN PN Umno Bersatu dan Pas ini
semuanya duduk dalam tong yang sama.
Jika ini berlaku, negara sekali lagi akan buang masa selama 5
tahun untuk melayan karenah BN PN ini, seperti yang terjadi lepas Langkah
Sheraton sampai tukar 2 orang PM dalam masa 30 bulan.
Rakyat Malaysia wajib ambil pengajaran:
1. Sampai mampos kerajaan tak akan stabil sebab masing-masing
ada tuntutan politik. Nak buang kes, nak jawatan menteri, nak sakau projek, nak
berebut jawatan PM. Akan ada ugutan nak tarik sokongan PM kalau tak penuhi
tuntutan masing-masing.
2. Semasa nak membentuk kerajaan, semua parti akan jadi pak
sanggup asalkan dapat kuasa dahulu, kemudian tuntutan parti masing-masing akan
menjahanamkan negara untuk jangka masa panjang.
3. PM dan menteri-menteri akan buat kepala sendiri, duduk dalam
satu kabinet tapi hala tuju nak bangunkan negara tak sama sebab takut parti
lain dapat markah lebih. Tak akan ada tanggungjawab bersama (collective
responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.
4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP
dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.
5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3
jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan
gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet
Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.
6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak
akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis
yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.
7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana.
Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi,
konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno
masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid.
Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.
8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus
masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia
sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti
PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben,
rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.
Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya
sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan
generasi anak-anak jadi lebih baik.
Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda
PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).
Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu
tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik
kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah
generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.