TIADA SISTEM 2 PARTI

 

Selesai sudah penamaan calon hari ini. Tak tercapai cita-cita DS Anwar untuk melihat sistem dua parti kerana adanya pihak tak sedar diri seperti PN, GTA dan Warisan yang hanya kacau daun.

Selain dari entiti tamak haloba yang disebutkan, ada juga beberapa individu yang masuk sebagai calon bebas. Persoalannya, sejauh manakah calon bebas menguntungkan pengundi.

Ada antara calon bebas itu adalah tokoh yang telah dikenali umum dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Adakah itu boleh menjadi penanda aras untuk memilih mereka?

Untuk Parlimen, rakyat perlukan lebih daripada itu. Setakat banyak membantu rakyat, tanpa sikit pun menafikan kebaikan mereka, itu belum melayakkan mereka untuk menjadi suara rakyat di parlimen.

Ahli parlimen lebih daripada cerita tampal lubang di jalan. Atau bantu gelandangan. Parlimen adalah tempat di mana dasar dan polisi negara digubal. Ia berkenaan undang-undang dan perlembagaan.

Kita perlukan ahli parlimen yang berpendidikan dan berpengetahuan. Yang faham akan isu global dan lokal. Dan yang paling penting, ahli parlimen tak boleh bergerak sendiri. Ahli parlimen perlu berparti.

Mengundi calon bebas tak menguntungkan rakyat. Setakat mana calon bebas mampu melahirkan dasar dan polisi untuk rakyat? Setakat boleh undi untuk sokong atau tolak sesuatu usul sajalah.

Kalau untuk DUN, aku rasa okay. Memang tugas Adun lebih banyak membantu rakyat secara terus. Tapi untuk parlimen, ceritanya tidak sebegitu. Oleh itu rakyat harus faham, memenangkan calon bebas tidak sesihat yang dijangkakan.

Bukan menafikan kebaikan yang pernah mereka ini taburkan. Tapi untuk parlimen, kita perlukan calon berparti supaya aspirasi rakyat dapat diterjemah dalam bentuk dasar dan polisi. Guane boh?

Raja Gelap