SAFT TAMBUN
Part 1
1. Saya pengundi Parlimen Tambun sejak PRU11. Dari mula lagi
boleh mengundi, saya pangkah BN. Namun pada PRU14 saya tukar ke PH kerana
skandal 1MDB. Sememangnya terbukti ia bukanlah fitnah, kerana Merpati sudah di
penjara. 9 hakim bersetuju dia bersalah.
2. Saya bagi undi saya kepada calon Bersatu. Faizal Azumu. Orang
muda belia, grad oversea pula. Cakap pun boleh tahan. Confident and made sense.
Maka menanglah dia. Lagi saya bangga, MP saya diangkat jadi Menteri Besar pula.
3. Ku sangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari.
Pelbagai skandal melanda dia. Dari tipu sijil konon dapat ijazah dari luar
negara. Hinggalah isu skandal lelong tanah. Pening kita dengar.
4. Isu tak iktiraf hak orang asli, sampai langgar tanah adat
mereka. Isu jual tanah lapangan terbang dan ladang kelapa sawit terbesar. Semua
bawah kepimpinannya. Perak makin merudum ekonominya.
5. Data TERAJU pada tahun 2021 menunjukkan Perak merupakan
negeri kedua dalam Malaysia yang punyai paling banyak masyarakat Melayu B40,
selepas Kelantan. Sungguh memalukan. Pelaburan asing di negeri Perak juga
merudum dari sebelum ini. Banyak lari ke negeri lain. Ia merudum sejak 10 tahun
kebelakangan ini. Dan DS Peja tak baiki semula.
6. Makanya, saya kira itu sebabnya dia dijatuhkan sebagai
Menteri Besar. Bukan saja oleh pihak lawan, malah rakan kolisi. Orang UMNO dan
DAP tumbangkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.
7. Lepas jatuh jadi MB, dia naik jadi Menteri. Terpalit pulak
dengan isu masa tengah Covid dia pergi buat iklan mee kari. Langsung tiada
empathy. Lepas naik jadi Menteri Belia dan Sukan pula, dia pergi salahkan
penyokong bola Malaysia. Bila kita kalah bola Piala Asia.
8. Makanya, pada saya, saya tak nampak apa jasa dia. Asyik buat
salah saja. Bila saya pulang ke Tambun, sekali sebulan, saya tak nampak
perubahan. Bila tanya kepada ibu bapa dan sedara mara, ramai yang menyampah.
Tak nampak pula kerja dia. Datang menjenguk hanya bila nak dekat pilihanraya.
9. Satu yang saya belajar. Lepas ni saya kena tapis dulu calon
yang saya nak pangkah. Dulu kita pangkah pakai parti, sekarang kena pangkah
calon berkualiti. Mana tahu jadi Menteri, dia jadi Menteri yang baik. Yang
bijak dan pandai kemudi negara. Bukan apple polisher sahaja.
10. Lagi satu yang saya sedar, MP yang menipu kelayakan ini kita
patut tolak awal2. Tiada SIDDIQ, kerana tak bercakap benar. Tiada AMANAH dan
FATHONAH (cerdik) jauh sekali. TABLIGH nya tak ditepati, sampai tak langsung
deliver lagi. 4 tahun ini sudah terbukti.
11. Makanya, undi saya TIDAK untuk DS Peja kali ini. Mungkin
tidak akan lagi diberi. Kesesalan saya kerana mengundi parti. Lepas ini saya
nak pangkah calon berkualiti.
12. Pengundi Tambun ada 3 pilihan lain. Saya kupas lain kali.
Yang pasti, jangan undi berdasarkan parti. Kalau calonnya tidak cukup SAFT,
confirm tak boleh deliver nanti.
Salam hormat,
Liyana Marzuki