MMMS
Saya telah membaca posting dari Rahim Bukit Tunggal dan saya
sendiri jadi pening. Dia sebut pasal sepatutnya keuntungan TH separuh tahun
2022 lagi tinggi kalau tidak di tolak subsidi haji yang berjumlah RM302.88 juta.
Sebagai seorang yang berpegang pada data dan analitik, saya
pergi cari di website Tabung Haji, saya exerpt quote dari TH sendiri yang kata
ada pengurangan keuntungan
excerpt
"Setelah mengambil kira perbelanjaan termasuk peruntukan
zakat, TH mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.03 bilion dalam tempoh enam
bulan pertama sehingga 30 Jun 2022, berbanding RM1.22 bilion dalam tempoh yang
sama pada tahun 2021.
PENURUNAN KEUNTUNGAN adalah setelah mengambil kira perbelanjaan
Bantuan Kewangan Haji yang diberikan kepada jemaah haji bagi musim 1443H/2022M.
Kos Haji bagi musim 1443H/2022M adalah RM28,632 bagi setiap jemaah berbanding
anggaran awal sebanyak RM25,540 bagi setiap jemaah, manakala Kos Haji bagi
musim 1440H/2019M adalah sebanyak RM22,900 seorang. TH tidak menghantar jemaah
dari Malaysia pada tahun 2020 dan 2021."
Siapa yang tak percaya boleh proofread sendiri di bawah:
https://www.tabunghaji.gov.my/.../th-catat-pendapatan...
Rahim kata quote "Tahun ini, perbelanjaan Tabung Haji
meningkat sebanyak RM302.88 juta disebabkan pemberian subsidi dan menanggung
kos operasi jemaah haji."
Saya tak jumpa part RM302.88 pada tahun 2022, yang saya nampak
Perbelanjaan
Jun 2021 302,884Juta
Jun 2022 437,299Juta
Bantuan Kewangan Haji @ Subsidi Jun 2022 adalah 123,336 Juta.
Jika Tahun Jun 2022 tak ada subsidi 437,299Juta - 123,336 Juta,
maka perbelanjaan TH tanpa subsidi pada Jun 2022 baru 313,393 Juta.
Tapi jika keuntungan Jun 2022 tak termasuk subsidi haji 123,336
juta akan jadi 1,156,729 juta yang mana masih lagi rendah dari 1,221,381 juta
pada Jun 2021.
Jadi pusing kut mana pun, tetap separuh tahun 2022 lebih rendah
dari separuh tahun 2021.
Jadi bila hendak menulis apa-apa pun, bertakwalah pada Allah,
Allah melihat apa yang kita tulis dan cakap.
MMMS
https://www.facebook.com/abdulrahimhilmi.zakariya/posts/6089535004429805