USM, SPACEIN LANCAR SATELIT PIKO PERTAMA MALAYSIA


Usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030 semakin menyinar melalui pelancaran satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D pada Ahad jam 2.47 pagi waktu tempatan hasil usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat spin-off universiti tersebut, SpaceIn Sdn Bhd.


SpaceANT-D berukuran 5x5x5 cm dan berat kurang dari 250 gram (g) ini akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT).


Pelancaran tersebut menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX dari Vandenberg Space Force Base, California, sekaligus menunjukkan komitmen USM dan SpaceIn dalam membangunkan bakat tempatan, menggalakkan inovasi dan memajukan industri angkasa di Malaysia.


SpaceIn pada masa yang sama bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia dan antara industri tumpuan SpaceIn dalam penggunaan satelit 'Space Advance Network Technology' (SpaceANT) adalah berkaitan industri pertanian, perhutanan, minyak dan gas.


Sumber: Sinar Harian


#JKOM

#KomunikasiKomuniti

#MalaysiaMADANI

#PilihPerpaduan



No comments: