KENAPA TINDAKAN 4 AHLI PARLIMEN TIDAK SALAH. JOM BACA KRONOLOGI LANGKAH SYAITON



 Baru aku faham kenapa tindakan 4 orang Ahli Parlimen PN sokong PMX tak salah di sisi Akta Anti Lompat Parti. Bab ni Bersatu kena salahkan diri sendiri.


Macam ni cerita dia.


Semasa proses draf undang-undang Anti Lompat Parti di zaman PM Ismail Sabri, wakil parti politik daripada kerajaan dan pembangkang dijemput untuk memberikan pandangan.


Akta tu ada beberapa klausa/unit. Untuk setiap klausa tu dimasukkan dalam akta, semua parti politik perlu setuju sebulat suara.


Tapi ada satu klausa ni Bersatu berkeras tak setuju. Klausa apa?


Bersatu kata, Ahli Parlimen tak sepatutnya mengosongkan kerusi sekiranya dia melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen.


Parti yang pernah menerima tamparan hebat akibat perbuatan lompat parti ni adalah Keadilan dan UMNO. Mereka mahu sangat klausa ini dimasukkan.


Tapi disebabkan Bersatu berkeras tak setuju, klausa tu dikeluarkan daripada draf undang-undang Akta Anti Lompat Parti.


Bekas Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi yang mendrafkan akta tu pun dah pesan awal-awal kepada semua parti politik akan kemungkinan yang akan berlaku.


Jadi apa yang parti lain buat? Mereka bersedia dengan akujanji, ubah perlembagaan parti, baiah, dan sebagainya.


Tapi Bersatu ja wat lek wat pis.


Masa tu Muhyiddin dan Hamzah tidur agaknya.


Ironi betoi, la ni depa yang terima kesan buruk akibat tentangan terhadap klausa tu.


Sebab tu semua 4 Ahli Parlimen Bersatu yang isytihar sokong PMX tetap menyatakan mereka tidak keluar parti walaupun sudah mengalihkan sokongan, berlawanan dengan prinsip parti mereka.


Kerusi mereka masih kekal.


Kalau kena pecat parti pun kerusi mereka masih kekal.


Apa agaknya yang ada dalam fikiran pemimpin Bersatu masa tu ya? 


Aku rasa, sebab mereka ni yang mempelopori Langkah Sheraton dan dah biasa lompat parti macam tukar baju, mereka rasa tentangan itu boleh memberikan satu laba besar di masa hadapan sekiranya mereka sebahagian dari Kerajaan.


Malangnya mereka tidak chukop jumeloh dan keadaan yang sebaliknya berlaku.


Orang melayu kata, senjata makan tuan.


Apa pun, aku rasa akta ni perlu digubal semula untuk menutup kelompongan ini.


Tapi sebelum gubal tu, mungkin satu atau dua senyuman sinis boleh kita tujukan kepada Muhyiddin and co atas kecetekan akal mereka sendiri.


Najib Bakar



No comments: