PM BRITISH PECAT MENTERI DALAM NEGERI GARA GARA DEMONTRASI AMAN PALESTIN DI KOTA LONDON







Nasaei Ismail


 1. Semalam Rishi Sunak (PM Britain) memecat Menteri Dalam Negeri UK Suella Braverman setelah menimbulkan beberapa kontroversi apabila mendakwa pihak Polis lebih mesra dengan kumpulan Pro-P4 lestin kerana gagal membatalkan himpunan Free-P4lestin di London sabtu lalu. Braverman juga mendakwa himpunan tersebut sebagai himpunan penuh dengan kebencian. Beberapa bulan lalu, beliau juga mengumumkan hasratnya untuk menghantar refugees yang datang ke UK ke Rwanda di Afrika.


2. Sebenarnya Braverman senada dengan Rishi Sunak yang turut mengkritik himpunan bantahan serangan ganas rejim Apartheid Isr4el terhadap G4z4. Namun permintaan kerajaan agar dihalang himpunan tersebut ditolak oleh pihak polis apabila Ketua Polis London mendakwa tiada sebarang larangan himpunan aman dalam undang-undang Britain. Akibatnya 300 ribu orang (angka pihak polis) demonstran memenuhi jalan raya di London sabtu lalu memprotes serangan ganas rejim Haram Isr4el terhadap G4za. Malah beberapa media dan pemerhati menyatakan jumlahnya sekitar 800 ribu peserta membentuk himpunan kedua terbesar dalam sejarah Britain. Bantahan besar-besaran ini meretakkan pentadbiran kerajaan Rishi Sunak sehingga memaksa beliau merombak kabinet dan memasukkan kembali bekas Perdana Menteri 2010-2016 (David Cameron) sebagai Menteri Luar. 


3. Di pihak pembangkang juga menerima tempias yang sama apabila beberapa cawangan Parti Boroh dibubarkan khususnya di Scotland. Malah 9 ahli legaslatif di kawasan berkenaan mengumumkan keluar parti sebagai bantahan terhadap arahan parti melarang sebarang usul serangan terhadap G4za dibincangkan. Suara ahli parlimen kedua pihak juga berpecah sesama sendiri di sidang parlimen apabila sebahagiannya bertindak menyatakan bantahan terhadap kerajaan Sunak dan pemimpin pembangkang yang menyokong tindakan Isr4el. Malah bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Boroh (Jeremy Corbyn) turut menyertai dan mengepalai protest Isr4el sabtu lalu. 


4. Hal yang sama terjadi di US. Kajian dilakukan oleh agensi berita AP Dan Brookings memperolehi keputusan yang lebih kurang sama iaitu 58 peratus penyokong parti kerajaan (Demokrat) menentang dasar Joe Biden yang memberikan sokongan penuh kepada rejim Isr4el untuk menyerang G4za. Manakala sekitar 35 peratus penyokong Republican turut membantah serangan Isr4el. Beberapa ahli parlimen kedua dua parti secara terbuka menyatakan sikap mereka yang memihak kepada P4lestin. Manakala 1000 pegawai kerajaan yang bertugas di Capitol (Parlimen US) mendesak dihentikan serangan terhadap G4za.


5. Di Sepanyol, Norway dan Ireland beberapa Menteri dan pihak kerajaan secara rasmi menentang kekejaman Isr4el dan mendakwa ianya adalah perlanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa. Malah tahun lalu, Norway mengenakan larangan import barangan Isr4el yang dibuat di kawasan petempatan haram Isr4el yang dibina di atas rampasan tanah penduduk P4lestin. 


6. Selain negara-negara Barat (US dan Eropah), beberapa negara di Latin Amerika dan di Afrika seperti Colombia, Bolovia, Chile dan Afrika Selatan memutuskan hubungan dengan Israel dan menggelar Isr4el sebagai rejim yang komit dengan genocide dan etnik cleansing. Kesemua ini memberi laluan sukar kepada US dan Britain yang menjadi penyokong utama kepada Isr4el yang bertindak kejam terhadap penduduk P4lestin. 


7. Malah pembohongan media dan pemimpin-pemimpin mereka terus dijawab oleh rakyat yang secara organik menyebarkan rakaman-rakaman atau lintas langsung dari G4z4 yang menunjukkan sekitar 7000 kanak-kanak dan wanita yang tidak bersenjata dibunuh oleh rejim Isr4el. Zaman sudah berubah apabila media berada di mana mana menyebarkan kebenaran di bawah. Sedangkan dakwaan Isr4el kononnya wanita mereka dirogol dan bayi ditembak H4mas 7 Oktober lalu kekal dakwaan tanpa bukti. Sebaliknya kekejaman mereka setiap hari membunuh kanak-kanak dan wanita serta mengebom hospital dan sekolah boleh ditonton secara live di seluruh dunia. 


8. Sebenarnya kesombongan rejim Isr4el ini disebabkan mereka sudah berada di kemuncak hubungan diplomatik yang semakin mengukuh. Jika di hari penubuhan negara tersebut 75 tahun yang lalu, hanya 33 negara menyatakan sokongan terhadap Isr4el. Tetapi hari ini sebanyak 165 daripada 193 negara di PBB mengiktiraf Isr4el. Malah jika di dekad pertama penubuhannya (1948-1958), hanya dua negara Islam sahaja mengiktiraf Israel iaitu Turki (1949) dan Iran (sehingga 1979, kemudian dibatalkan apabila rejim Shah Reza Pahlawi dijatuhkan melalui revolusi). Kini 7 negara Islam secara rasmi mengadakan hubungan rasmi dengan Israel (Turki, Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco). Manakala sekitar 8 lagi negara Islam mengadakan hubungan dagang dengan sekala besar walaupun tidak mengiktiraf secara rasmi menjadikan jumlah negara Islam yang bekerjasama dengan Israel ialah 15 negara. 


9. Azerbaijan negara Islam di Asia Tengah menjadi pembekal utama minyak dan gas kepada Israel (sekitar 40%) dengan nilai setahun lebih USD 800 juta. Sedangkan pembekal kedua iaitu US hanya membekalkan minyak dan gas ke Isr4el dengan nilai USD 300 juta. Manakala Nigeria (negara Islam di Afrika) menjadi pembekal minyak dan gas kelima terbesar ke Isr4el dengan nilai USD 80 ke 100 juta dollar. Negara negara Islam lain yang turut membekalkan minyak ke Isr4el adalah Kazakhstan, Bahrain, UAE dan wilayah autonomi Kurdistan Iraq.


10. Ketika berada di kemuncak kekuatan dan pengukuhan hubungan diplomatik ini termasuk dengan negara-negara Islam sendiri, Maka Isr4el semakin alpa dan sombong. Akibatkan ketika ini, semakin meluas jumlah negara yang membantah kekejaman Isr4el. Hal inilah di ulas oleh beberapa professor di Amerika bahawa tahun ini, kebencian masyarakat US terhadap Isr4el semakin meluas dan memuncak dan ianya membimbangkan kerajaan yang berada dalam dilemma untuk terpaksa menuruti kehendak rakyat yang akan menjadi pengundi mereka tahun hadapan atau menjadi pak turut Zion ist yang berpengaruh di negara mereka. 


11. Di kemuncak kehebatan inilah kini Isr4el berdepan dengan krisis diplomatik dan menjadi semakin terpencil di dunia luar. Mereka hendak melarikan diri dari tanah P4lestin yang dijajah, tetapi mereka juga bimbang hendak ke Eropah, Australia dan Amerika, kerana kebencian kepada mereka semakin memuncak di negara Barat hari ini. Maka 2023 adalah langkah mula mereka menggali kubur sendiri. Sememangnya lumrah kezaliman, ianya akan berakhir dan berkubur. Malah kubur ini sedang digali oleh masyarakat Barat sendiri yang lama dididik dengan human right dan lain lain nilai kemanusiaan dan lebih faham kekejaman rejim Apartheid tersebut.



No comments: