THE MAHAZALIMTWO STORIES..



 THANOS 


Saya ambil masa nak menonton KS minggu ini. Durasi paling panjang sampai 2.5 jam. Minggu ini tetamu jemputan ialah Tun M. 


Saya dengar kesemuanya. Ada yang saya angguk bersetuju, ada yang saya geleng kepala. Ada yang saya sesak nafas dengar jawapannya 😢


Ekspresi muka host pun, macam2 rupa. Walaupun mereka nak tunjuk professional 😅


Kita dengar jawapan dari the longest serving PM. 22 tahun 22 bulan. Konklusi yang saya dapat, pada dia Malaysia dah jahanam sebab dia tak berkuasa, kalau dia berkuasa maka semuanya akan baik punya! 


Semua PM selepas beliau semuanya tak guna. Ngabih boreh sahaja. Hanya dia yang tahu apa yang baik untuk Malaysia dan Melayu. Maka doomed la siapa yang tak bersetuju. 


Dia juga kuat menyatakan, tiada langsung salah ketika beliau berkuasa. Budaya rasuah yang bermula pada zaman beliau, bukan salahnya. Salah orang lain jua. Walhal sebenarnya dia tahu belaka. 


Walaupun dia PM, bukan kerja dia nak membenteras rasuah. Itu kerja penjawat awam. 


Dia juga membalun orang Melayu lemah dalam perniagaan. Ini saya setuju. Fakta belaka tu. 


Mungkin sebab Melayu lemahlah beliau perlu bantu Eric Chia, Vincent Tan dan Ananda Krishnan. Mereka mula jadi kaya raya pun dari bantuan Kerajaan. Dan bagaimana mereka bantu orang politik pula dengan pelbagai habuan. Bermula dari itu zaman. 


Melayu yang kaya raya, berbilion dalam bank. Harta punya banyak kerana perniagaan. Sebenarnya ada. Termasuk anak2 beliau. Tapi yang itu, Melayu exceptional. Melayu Marhein macam kita masih bodoh dan lemah dalam meniaga. Memang patut dibalun sentiasa. 


Dia juga balun PM sekarang. Katanya, reformasi seperti angat2 tahi ayam. Dia tahu Timbalan yang dia angkat. Bagaimana dia rasa tertipu, ingatkan warak katanya, bolehlah sekat PAS dari mara. Rupanya ke laut juga. PM yang ni rasanya lagi dia tak percaya. Memang seteru lama. 


Yang ni kita boleh ambil with a pinch of salt. Ada 4 tahun untuk menilai. Kalau benar telahan the Old Man, PRU16 boleh jatuhkan. 


Cuma dia jangan la berkomplot nak tebuk atap. Yang belah sana pun bukan dia suka. Khianat belaka juga. Depa pun nanti confirm takkan dengar cakap dia. 


Benda yang kita boleh puji, kita puji. At the age of 98, he can still articulate issues. Cakap terang benderang. Straight to the point. Sarcasm semua lengkap 😅 Itu tunjukkan satu benda. He has clarity of mind and he knows what he wants. 


Ini cerita Thanos Malaysia. Bila dia petik saja, pada dia, dia boleh buat semua binasa. 


Cuma di pengakhiran cerita, yang nak dimusnahkan itu selalunya bersatu semula. Melawan dia pula. Sesungguhnya, panjang lagi ini cerita…. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: