𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔? 𝗞𝗘𝗦 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦.


1. Hj Hadi bohong jika cuba bina persepsi kerajaan tidak bertindak bantu selamatkan Mahkamah Syariah.


2. Masa jadi kerajaan mereka tidak bertindak walhal 2 kes itu berlaku semasa pentadbiran PN-PAS.


3. Bila diberi Amanah jadi duta Khas dan Menteri, mereka khianati amanah, makan gaji buta bila berlaku kes Iki Putra (2021) dan Nik Elin (2022).


4. Dulu janji nak bentang RUU355 dan janji buat Hudud, mereka mungkiri bila kuasa di tangan.


5. Kini oleh kerana berseteru dengan kerajaan Madani, mereka melampau dengan cetuskan fitnah baru.


6. Keempat-empat ini adalah perangai Munafik.


7. Undang2 Syariah adalah topik paling disukai untuk dipolitikkan PAS dan Haji Hadi sejak zaman muda untuk kafirkan lawan.


8. Dulu 80an, Hj Hadi main isu ini hingga anggap UMNO kafir kerana tak laksana Hudud dan pertahan Perlembagaan.


9. Pertahan Mahkamah syariah kerja wajib melalui cara yang betul. Tapi mulakan kempen dengan salahkan pihak lain tonjolkan niat sebenar Hj Hadi dan PAS.


10. Kini melalui media milik PAS, senjata ini ditala kepada kerajaan Madani dan parti2 komponen.


11. Kadang2 Ulama' Su' tidak buat fitnah, kerjanya hanya MENCETUS fitnah dan askar2nya akan buat spekulasi fitnah.


12. "Ulama mereka ketika itu lebih jahat dari siapa yang ada di bawah langit dan daripada merekalah akan keluarnya fitnah dan pada merekalah akan kembalinya fitnah tersebut.” HR Baihaqi.


Ahmad Mursi



No comments: