TU LA..KEDAH HILANG DAH DARI PETA. HANGPA BODOWWW....KAH KAH..KAH....

 

Depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. - Foto NSTP/Syaharim Abidin
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. - Foto NSTP/Syaharim Abidin

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak lagi akan mempengerusikan Hari Sukan Negara peringkat negeri seperti sebelum ini.

Katanya, urusan di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah itu akan diserahkan kepada Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri."

Tapi depa mereka nak pakai DO (pegawai daerah) di peringkat daerah, EXCO sukan depa tak mau pakai, DO depa nak, nampak tak..?

"Saya rasa tak sihat politik macam tu, awat (kenapa) depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?

"Kalau rasa kita (Kedah) part of (sebahagian daripada) Malaysia tak patut buat macam tu, politik (macam) tu tahun 70, 80-an boleh la. Politik 2023 orang tak boleh buat macam tu noh, habaq (beritahu) depa tak payah main politik lagu tu, "katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KPTC) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Turut hadir ialah EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.

Sebelum ini media melaporkan Haim kesal apabila mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu tidak dibenarkan menghadiri program yang dianjurkan kerajaan negeri.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terbabit dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah, berkata bidang sukan dan pendidikan tidak sepatutnya menjadi 'mangsa' politik.

Katanya, beliau sudah bertanyakan mengenai perkara itu kepada pihak berkaitan namun tiada arahan bertulis dikeluarkan melainkan secara lisan.

"Ada wakil rakyat seorang di Kedah pi (pergi) tengok anak dia sukan di sekolah, pengetua sekolah itu kena panggil kerana membenarkan ahli politik masuk sekolah.

"Menteri Pelajaran kata boleh mohon tapi 30 hari (sebelum). Tak kan nak tengok anak sukan kena mohon 30 hari, tak masuk akal. Cakap lain buat lain, rasa ini politik 80-an tapi depa kata MADANI... tak sesuai," katanya.



1 comment:

Anonymous said...

3 negeri lain ok ja..hg dok mengelupur pasai apa?