PMX BERTEMU USAHAWAN US.

 








Memulakan hari kedua di New York dengan berjalan kaki dari tempat penginapan ke Harvard Club bagi mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat-syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang tersenarai di dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, AWS, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark. 


Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara. 


Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini. 


Peranan Majlis dan Dewan Perniagaan seperti US-ASEAN Business Council (USABC) dan United States Chamber of Commerce (USCC) sebagai medium antara Kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat.


Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak tahun 2015.


Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan masuk langsung (FDI) dari Amerika Syarikat dari Januari hingga Jun 2023 sebanyak RM1.84 bilion (USD395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.


Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika.


#MalaysiaMADANI

#UNGA78



No comments: