BERTEMU PELABUR TERNAMA. ANTARANYA GOOGLE ,BOEING, MEDTRONIC, SIEMES ..

 








Usaha untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers. 


Perbincangan ini turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade. 


Kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. 


Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara. 


Saya juga telah mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia. 


Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kami bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya di dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.


Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan. Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi bina jati diri  dan sahsiah generasi masa hadapan.


Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI 

#EkonomiMADANI

#UNGA78


No comments: