LAGI STEVEN SIM DI RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH

 

Anisa berumur 15 tahun. Dia ialah salah seorang anak di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. 


Ketika saya melawat rumah itu tadi, Anisa bagitau saya, cita-citanya bila dewasa nanti nak bekerja di Kementerian Kewangan.


Saya yakin Anisa boleh! 💪





Ketika kami bergambar, saya bagitau Anisa besok nanti bila dia berjaya bekerja di MOF, dia boleh tunjuk foto pernah bergambar dengan Timbalan Menteri MOF. 😅


Saya juga berjanji nak bawa anak-anak Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah melawat ke Bank Negara Malaysia dalam masa terdekat. Anak-anak semua excited nak melawat Bank Negara.


Sempena lawatan, saya juga telah menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rumah Amal tersebut. 


Saya doakan anak-anak sentiasa bahagia serta beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. ❤️



1 comment:

Hal said...

Semoga yb menemui cahaya kebenaran..