BERSAMA LEBIH 200 DELIGASI DALAM INVEST MALAYSIA

 












Usai bertemu dengan syarikat Fortune 500, saya kemudiannya bertemu dengan kira-kira lebih 200 delegasi di Invest Malaysia New York yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered. 


Turut bersama dalam sesi ini adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato' Seri Dr Awang Adek Hussin.


Forum ini telah menarik minat para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon – dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah USD 40 trilion.


Invest Malaysia New York mengetengahkan halatuju negara yang dibina melalui Kerangka Ekonomi MADANI, disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12. 


Kerangka ini menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ucaptama saya disusuli dengan sesi interaksi dengan para pelabur.


Saya yakin forum ini dapat menarik minat dan mengutuhkan keyakinan pelabur untuk ke Malaysia.


#MalaysiaMADANI

#InvestMalaysia

#UNGA78



No comments: