Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi hati yang
menanggung ujian kehilangan orang tersayang.
Saya dapat rasa peri sakit dan sugul Pak Salleh ketika di
upacara pengebumian anak sulungnya, Muhamad Hafiz. Allahyarham seorang pekerja
penghantaran makanan yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.
Menteri Pengangkutan Saudara Anthony Loke Siew Fook
minta saya untuk sampaikan sumbangan ikhlas RM10,000 daripada pihaknya kepada
keluarga Allahyarham.
Turut hadir YB Bau Wong Bau Ek
ADUN Siram dan Saudara Tan Kok Yew
Pengerusi DAP Kedah.
Tiada kata-kata dapat mengubat kehilangan Pak Salleh; saya hanya
mampu mengungkapkan ucapan takziah dan memberitahu Pak Salleh agar menghubungi
saya jika keluarga mereka memerlukan bantuan selanjutnya nanti.
Marilah kita titipkan doa buat keluarga mereka.