Pengajaran untuk pengusaha.



Tak semua orang popular atas sebab yang betul. Ada yang popular tapi dibenci. Jadi kalau nak gunakan influencer sebagai agen promosi, pilihlah popular sebab disukai. Bukan dibenci.


Jauhi influencer yang berpaksi politik. Perusahaan perlu kekal neutral. Baru boleh tawan pelanggan dari kedua-dua pihak. Kalau nak tayang condong belah mana, bila kena boikot, redha je la.


Apa lagi kalau kamu sendiri yang dikenali sebagai tegar sesebuah parti politik. Bila berbisnes, sedia untuk terima kemungkinan tak laku. Lagi-lagi kalau jenis yang berpolitik secara melampau.


Aku tak sokong kalau nak boikot kedai orang asal Kelantan atau negeri-negeri ditadbir PN. Sebab ada saja mereka yang sokong PH. Tapi kalau nak boikot yang jelas tegar PN, aku tak bantah.


Sebab, kalau ingat, influencer asal Kelantan diboikot oleh rakyat Kelantan sendiri hanya kerana sentuh isu air. Bukan dia buat kempen politik pun, cuma bersuara sebagai rakyat. Pun kena boikot.


Bukan setakat diboikot, bahkan dihina. Sakit pulak hati aku baca dorang cakap mamat tu tunggang OKU. Tapi lebai tunggang agama dipuja. Sampai begitu sekali puak mereka berpolitik.


Kembali kepada peniaga dan pengusaha, kalau nak pilih influencer tu, jangan pilih influencer parti. Tak kiralah belah mana. Kalau berdegil juga, janganlah marah bila perniagaan terjejas.


Tapi difikirkan, kalau tak sokong PN, takkan la nak ambil influencer PN pula untuk buat promosi kan? Dia kenal influencer tu sebab dia sokong PN. Betul tak? Jadi terimalah dengan redha. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: