ALAH SANUSI- DEPA REPORT POLIH SAJA. BUKAN NAK BUAT APA PUN. KEDAH KITA PUNYA...LAWAN SAMPAI MASUK JEL. TU BARU TERRER. KITA APA ADA HAL.. KITA HINA ORANG, KITA TIBAI ORANG, KITA PERLEKEH SULTAN SULTAN,......DULU TMJ..LA SULTAN SELANGOR....KITA LANGGAR BUAT BODO. WALAU PUN HANG MEMANG NAMPAK BODO SEBENAQNYA.

 

Mohon maaf tak selesai tindakan undang-undang, Azalina beritahu Sanusi


Sanusi Md Nor memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin susulan kenyataannya yang didakwa memperlekehkan Baginda.



Azalina Othman Said berkata permohonan maaf Sanusi Md Nor bukan satu pembelaan dalam undang-undang.

PETALING JAYA: Tindakan undang-undang terhadap Sanusi Md Nor tidak akan selesai menerusi permohonan maaf kepada Sultan Selangor susulan kenyataannya yang didakwa memperlekehkan Baginda berhubung pemilihan menteri besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata permohonan maaf bukan pembelaan dari segi undang-undang dalam perundangan jenayah.

Menurutnya, kerajaan menjamin kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun ia tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

Namun begitu, tegasnya seseorang ahli politik harus sedar bahawa pertuturannya boleh mempengaruhi orang ramai pada musim pilihan raya.

“Sesiapa sahaja membangkitkan isu membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja-Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“(ia) Tidak akan selesai atas alasan memohon maaf kerana permohonan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang- undang dalam perundangan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

“Biarlah polis diberi kebebasan untuk siasat sesiapa sahaja membangkitkan isu 3R (kaum, agama dan raja) yang melanggar undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.”

Beliau mengulas permohonan maaf Sanusi, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disampaikan menerusi satu warkah kepada Baginda semalam.

Sanusi berkata dalam warkah itu beliau menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah yang telah diputar belit oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”