SANUSI- DOKUMEN APA YANG TENGAH HEBOH NI ?

 

Ummi




Sebuah dokumen yang viral menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi sendiri telah memohon Pas Lawatan pekerja asing daripada China untuk bekerja di tapak 1,220 hektar di Sik.


Surat tersebut ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri Ketika itu, Hamzah Zainuddin yang juga merupakan  Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN).


Surat tersebut menunjukkan Sanusi sejak daripada awal telah bekerjasama dengan erat dengan syarikat daripada China dalam menjarah nadir bumi (REE) di Sik.


Menjawab persoalan siapakah pihak yang mencuri beratus juta REE, penduduk menjawab kerja tersebut pastilah dilakukan oleh syarikat China tersebut.


Ini kerana hanya terdapat satu jalan masuk dan keluar ke tapak berkenaan yang juga terpampang logo Perbadanan Menteri Besar Kedah (Menteri Besar Kedah Incorporated MBI). Mustahil MBI Kedah tidak tahu pergerakan di tapak mereka sendiri.


Penduduk mendakwa hanya sekumpulan lori yang sama sahaja kelihatan beroperasi di tapak haram tersebut, tiada lori lain yang dilihat naik turun ke tapak berkenaan.


Dianggarkan SPRM sedang menyiasat RM300 juta hasil REE telah dicuri dan dieksport secara haram melalui Pelabuhan Pulau Pinang dan beberapa pekerja warga asing telah ditangkap bagi membantu siasatan.



No comments: