PN burukkan PH: Selepas 8 bulan pentadbiran PM Anwar buktikan terbaik




Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, November 2022 pelbagai gambaran buruk sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ditohmah PN kepada orang Melayu bakal berlaku.



Bagi Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, taktik memburuk burukkan Anwar itu kini telah memakan diri PN apabila menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka terpaksa menelan semua tuduhan yang dilemparkan kerana satu pun tidak menjadi kenyataan.



"3R (Raja, Kaum, Agama) memainkan peranan dalam PRU lepas di mana ancaman terhadap Melayu dan Islam diutarakan. Lebih hebat dituduh Anwar seorang yang menganut fahaman liberal. Kalau dia jadi PM Islam terancam.



"Saya berterima kasih kepada orang Islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak kerana mereka sayang Islam. Nak mempertahankan Islam mereka memilih Pas, Bersatu dan PN



"Ditambah pula tuduhan Pesuruhjaya Pas Perak kalau Anwar PM maka lekaki kahwin lelaki dibenarkan, ditambah video di luar negara bahawa puak LGBT menyokong Anwar.



"Namun setelah 8 bulan Anwar jadi PM rakyat mula melihat tak ada pun diizinkan kahwin lelaki sama lelaki. Peruntukan agama Islam bukan berkurang malah dipertingkatkan. Berlaku Belanjawan baru baru ini peruntukan agama, sekolah tahfiz meningkat.



"Tak ada pun yang sebelum itu dikatakan PH menang pelajar sekolah diminta pakai skirt. Ini dimainkan oleh guru guru masa itu (PRU)," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk: "Melakar Kanvas Kemenangan", malam tadi.



Tegas Mohamad lagi, tindak tanduk Kerajaan Perpaduan itu sendiri telah menangkis tuduhan yang dibuat oleh PN pada 8 bulan lalu.



Sehubungan itu, beliau yakin pengundi yang beralih pada PRU lalu sebahagian besarnya akan kembali menyokong Kerajaan pada PRN kali ini selepas PN tidak gagal membuktikan keburukan PH.



Oleh kerana gelombang hijau semakin reda, kata Mohamad, PN mula menyerang menggunakan isu isu lapuk. Di Pulau Pinang isu azan adalah taktik serangan ulang yang terbaik. Sementara di Kedah katanya, dalam himpunan selawat baru baru ini didoakan pula musuh Pas sebagai musuh Allah.



"Himpunan selawat di Kedah, doa terakhir itu, jangan Kedah jatuh kepada musuh Islam. Bila polis panggil dia (ustaz Pas) kata saya tak maksud parti lain, yang dimaksud Yahudi dan Nasrani.



"Sedangkan yang nak bertanding itu (dalam PRN bukan Yahudi dan Nasrani). Jadi kilas ikut mana pun mereka terperangkap. Saya yakin orang Melayu Islam kembali kepada kita," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.



Mengenai polisi yang diusahakan oleh Kementerian beliau pula, Mohamad berkata, pelbagai gerak kerja proaktif sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil sektor pertanian.



Katanya, PM pula amat prihatin dengan harga barang dan beliau sering ditanya pada setiap kali pertemuan.



Oleh itu, kata Mohamad, Kementeriannya sentiasa berkerja kuat untuk memastikan sektor pertanian dalam negara akan membekalkan makanan secukupnya kepada rakyat dalam beberapa tahun akan datang.



"Kita akan pertingkatkan hasilnya, kita harap dalam beberapa tahun lagi capai tahap self sufficient.



"Saya tengok padi yang terbaik adalah dari Sekinchan. Jadi saya bawa cara pertanian itu ke negeri lain. Ke Perlis, Terengganu, ke Pahang. Supaya tanam ala Sekichan boleh dapat hasil tinggi.



"Sekinchan dapat 10 tan sehektar, sedangkan di MADA masih 5 - 6 tan.



"Saya juga tengok China usahakan tanam padi dalam air masin dan sekarang pakar China telah datang untuk (kerjasama) kita usahakan padi air masin. Ini kita fikirkan, bukan kita duduk diam



"Bukan macam ornag itu 'beri kami lima hari selesai (hudud)', sekarang bercakap balik pasal RUU 355. Masa jadi menteri tak bercakap," katanya Mohamad sinis.