Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan
Tommy Thomas dalam memoirnya; My
story: Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata
orang Kelantan berkerut kening.
OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang utuh. Bagi
mereka tidak mengenali dan faham dengan cara bekas PM ini akan mudah terjerut
dalam jeratnya.
Dalam apa juga keadaan, OT95 sebelum dia terus ke mauduk yang
hendak diperkatakan dia akan psypho dahulu orang agar ralik dalam jebakan. OT95
seorang pemikat biawak yang handal.
Biawak dikenali binatang reptilia yang mudah dijinak dengan cara
yang meralikannya. Kalau anda ingat tangkap biawak jangan kejar dulu
sebaliknya berjalan perlahan-lahan dan kelilingkan dia. Dua kali
mengelilingkannya dia akan jadi ralik dan leka, nah.. ketika itu anda tangkap
atau pukulnya.
Nah begitu dengan cara OT95 dalam melekakan orang ramai agar tidur
dan percaya kepadanya.
Dalam menjawab dakwaan Tommy Thomas mengenai sikap tidak boleh
dipercayai dan tidak bertanggungjawab OT95 sehingga jatuhnya kerajaan PH, dia
terlebih dahulu menjinakkan pembaca menceritakan salsilah dia dengan Tommy.
Kononnya Tommy seorang yang membencinya tetapi, toh begitu akhirnya dia lantik
juga Tommy sebagai Peguam Negara. Dia kata Tommy datang ke pejabatnya.
Apa yang OT95 hendak ceritakan di sini bahawa dia seorang baik,
bersifat terbuka dan rasional. Kelicitan beliau dalam psychology inilah
menyebabkan beberapa pemimpin daripada parti Amanah yang dahulu musuh agungnya
tetapi menjadi sahabat yang membela.
Saya tidak mahu menyebut ulang apa yang ditulis sebagai menjawab
Tommy itu. Apa yang Tommy cerita adalah cerita, begitu juga dengan apa yang
OT95 jawab adalah cerita. Cerita yang semua kita sudah ketahui sebelum ini.
Persoalan kita kepada umum, antara OT95 dengan Tommy Thomas
siapa yang lebih dipercayai. Siapa yang lebih bercakap atas fakta. Dan siapa
yang lebih bercakap bernuansakan politik? Itu sahaja.
Mengenai dakwa dakwi mereka jangan peduli. Titik benarnya tidak
boleh disimpulkan kerana kita tidak tahu apa didakwa itu benar atau tidak.
Tetapi yang boleh diukur ialah kepada sejarah masa lampau yang pernah terjadi.
Itulah ukuran yang boleh dijadikan bahan untuk analisa.
Dengan menyimpulkan bahawa OT95 lakukan semua itu seperti
didakwa Tomyy, sama ada benar atau tidak, tetapi satu saja ia ada motif OT95
tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Bila kita sedar hakikat ini, maka kita
boleh menghukum siapa yang benar dan tidak antara kedua mereka.
Kalau tanya saya, tentulah saya menjawab yang tidak benar, yang
putar fakta adalah OT95 ini berdasarkan kepada sejarah lampau dan apa yang saya
hadapi dengannya. Saya sudah kata OT95 memiliki dua wajah, malam bersifat
demokratik malam diktator. Cukup. Trims.
MSO