Nak tahu kenapa Malaysia terus mundur?

 

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎مخالطة السلطان يخالط العالم رأيت اذا لص أنه فاعلم كثيرة الحو الصفحة الصغير الجامع :المصدر :المحدث هريرة أبو :الراوي حسن :المحدث حکم خلاصة 628 :الرقم Teringat ceramah Al Marhum Ust Fadhil Noor. "Ulamak yg JAHAT ialah Ulamak yg menyerondoi dipintu pintu Umarak "Jika engkau melihat seorang alim banyak bercampur gaul dengan pemerintah, ketahuilah dia itu adalah seorang pencuri" Benarlah kata-kata Ustaz Fadhil Noor..!‎"‎‎


KAK IDA ABDULLAH


Kerana majoriti penduduknya Melayu. Melayu yang lebih suka cerita-cerita yang direka2 dari cerita benar lebih ramai dari Melayu yang suka cerita benar dan fakta.

Cerita yg direka diolah sehingga terasa teruja, manakala yg benar, membosankan mereka saja.

Contoh: Pendedahan Rasuah oleh Anwar Ibrahim selama lebih 20tahun, orang Melayu sikit tak kisah. Yang mereka suka dengar dan sebar adalah cerita rekaan Mahathir mengenai liwat.

Oleh kerana Melayu suka cerita2 begini maka semua PM selepas Mahathir menggunakan modus operandi yang sama. Liwat I, Liwat II dan hampir berjaya Liwat III dan masih sedang berusaha.

Kalau cakap pasal syurga neraka merekalah pakar seolah pernah merasa. Tapi kalau sebar fitnah merekalah juara, siap dikaitkan dengan ayat alquran demi mengukuhkan dan menyakinkan orang lain bahawa fitnah mereka itu benar.

Dosa pemfitnah ni lebih besar dari pembunuh walaupun nyawa mereka tidak dituntut. Paling kuat boleh saman sahaja. Sedangkan kesan dari fitnah amat besar kerosakkannya!

Jika hukumannya bunuh barulah aman dunia tanpa penipu yang akan memfitnah kerana ingin mempertahankan penipuannya.

Pemfitnah tidak pernah merasa kesal atau terkesan dengan perbuatan kejinya. Macam syaitan sebiji! Mana ada rasa kesal dan insaf menipu Nabi Adam a.s. Kemudian bersumpah dengan nama Allah bagi mengukuh perbuatannya.

Ramaikan sekarang orang Melayu suka bersumpah laknat, musibat dan macam-macam lagi demi mempertahankan penipuan mereka. Orang jujur terpaksa mengalah, jika berdegil akan ditindas, dianiaya.

Semuga Allah memberi kekuatan kepada yang istiqamah jujur walau terpaksa ditohmah dan dipenjara di dunia. Hanya akhirat sahaja harapan orang jujur mendapat keadilan Allah SWT. Di dunia, yang menipu, pemfitnah biasanya orang berada yang boleh mengupah peguam terhebat untuk membela mereka. Peguam2 dan hakim2 pula disogok dengan wang berjuta, kenaikan pangkat dan pelbagai anugerah berbentuk kemewahan sebagai balasan. Tidak sedikit pun gentar dengan amaran Allah bahawa dua dari 3 hakim ke neraka.

Ulama suk juga memainkan peranan paling penting dalam penyebaran fitnah. Mereka lebih

hebat

dengan ayat-ayat yang dihafal dan disampaikan dengan penuh ghairah sehingga dapat meyakinkan sesiapa yang mendengar.

Yang bukan Islam TIDAK pernah pula mereka bersumpah menggunakan nama dewa atau tuhan mereka ketika berdusta. Tapi orang Melayu yang bersyahdah gigih bersumpah, sehingga nama Allah tiada lagi nilai, nauzubillahi min zaliq.

Bagaimana mereka menyebut nama Allah tanpa rasa gerun dalam hati? Sudah keras ka? Atau sudah mati?