BAB 3 MEMAHAMI PRINSIP PERJUANGAN ANWAR (MSO) PART 3
Sebagai seorang insan yang sangat menekankan soal keadilan sosial, ehsan dan
insaniyah menyebabkan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang
cuba memperlakukan kebejatan itu, kepada mana-mana kaum jua. Makanya sesiapa
sahaja memunggah harta rakyat untuk dimasukkan ke dalam baloh kemewahan, akan
ditentangnya habis-habisan. Penentangan beliau pertama kali terhadap Dr
Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau dibenci dan diserang oleh Mahathir
hingga ke hari ini adalah kerana prinsip akauntabiliti dimilikinya itu.
Dengan mengambil kira konsep dan terjemahan itu memperlihatkan
perjuangan Anwar mengenai Melayu itu dilihat dalam hakikat yang universal dan
luas. Nah, begitu juga dengan keprihatinannya kepada agama. Beliau tidak
menghiasi dirinya dengan budaya, costum, adat dan tradisi pakaian yang
diperindah dengan Islam, seperti budaya. Arab.
Beliau tidak memakai serban atau kopiah sebagai tanda warak kerana yang penting
adalah syariat dan ajaran Islam itu sendiri. Menegakkan keadilan dan
kesaksamaan itu natijah akhirnya. Dalam konteks ini Anwar lebih melihat kepada
isi dan hakikat ajaran Islam itu daripada mementingkan kulit yang nampak indah
tetapi buruk dan kohong.
Beliau mengangkat martabat Islam itu dalam bentuk moden, tidak menyusahkan,
dalam suasana kontemporari yang tidak terikat paradigma lama, berupa fahaman
dan kepercayaan konservetif, khilafiyah yang mengelirukan benar dan tidaknya.
Yang memungkinkan mengajar manusia menjadi rakus, sombong dan berasa diri
sebagai ahli Syurga. Nuansa ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri dan
sesuai dengan keadaan masyarakat negara ini yang bermajmuk dan sejajar dengan
peruntukan perlembagaan.
Dan asas ketiga adalah mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu seperti
mana telah dimaktubkan atau digaris hitamkan sebagai matlamat kemerdekaan.
Namun pembelaan ini digunakan dengan penuh kebijakan sehingga ia kadang kadang
mengelirukan orang yang tidak mampu memahaminya. Misalnya beliau tidak bercakap
soal Melayu sahaja, tetapi secara universal. Dalam kata lain Anwar melihat
Melayu dalam kemanusiaan. Kerana itu beliau sering menuturkan anak Melayu
sebagai anaknya, anak Cina anaknya, anak India anaknya, anak Kadazan anak, anak
Dayak adalah semua anaknya. Kepercayaan dan penerimaan ini menjadikan beliau
dituduh sebagai pejuang multirasialisme.
Bukan susah untuk mengenali dan mengetahui agenda perjuangannya asalkan kita
sedia membuka minda dan tidak menutupnya dengan kejumudan berfikir yang telah
didoktrinkan dengan soal “nasionalisme” dan “religionisme.”
Sesungguhnya pendekatan dan uslub perjuangan yang dipeloporinya serasi dengan
suasana masyarakat negara ini yang majmuk.